CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5170|Reply: 0

Ronaldo kemudi Al-Nassr ke final Piala Raja Saudi

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan gol ketiga jaringannya bersama rakan sepasukan pada separuh akhir Piala Raja Saudi menentang Al-Khaleej di Stadium Al-Awwal, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

RIYADH: Cristiano Ronaldo membuktikan dia bukannya terlalu mementingkan diri sendiri seperti yang dipercayai ramai apabila dia membenarkan Sadio Mane mengambil sepakan penalti pada pertembungan Al-Nassr dengan Al-Khaleej awal pagi tadi.

Ronaldo, yang kembali daripada penggantungan perlawanan pada aksi pertama selepas dibuang padang menentang Al-Hilal bulan lalu, sebelumnya menjaringkan satu gol pembukaan mengagumkan apabila pasukannya dihadiahkan sepakan penalti pada hujung babak pertama.

Bintang Portugal itu adalah pengambil sepakan penalti Al-Nassr tetapi dia sebaliknya memberikan tanggungjawab itu kepada rakan sepasukannya dalam usaha mengukuhkan keyakinannya.

Ronaldo dilihat memberikan galakan kepada Mane ketika bekas bintang Liverpool itu mahu melakukan sepakan dan akhirnya membenam gol kedua pasukannya.

Ronaldo bermula sempurna sekembalinya beraksi apabila dia menggunakan kesempatan susulan kesilapan penjaga gol lawan untuk merembat masuk dari luar kotak penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-17.



Pemain Al-Nassr, Sadio Mane (tengah) menyumbat gol kedua pasukannya menerusi sepakan penalti pada separuh akhir Piala Raja Saudi di Stadium Al-Awwal, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Pemain berusia 39 tahun itu kemudian meraih gol keduanya dari jarak dekat pada minit ke-57 ketika dia mengemudi Al-Nassr ke final Piala Raja Saudi dengan mengatasi Al-Khaleej 3-1 di gelanggang sendiri.

Dua jaringan itu membolehkan Ronaldo mengumpul 38 gol dalam semua pertandingan musim ini ketika dia mempamerkan ketajaman penyudah menjelang Euro 2024 pada musim panas ini.

Portugal, di bawah kendalian Roberto Martinez, salah satu pasukan pilihan untuk menjulang trofi di Jerman.

Bagaimanapun banyak perdebatan di Portugal sama ada Ronaldo patut menjadi sebahagian daripada anggota skuad pada usianya. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... al-piala-raja-saudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.050285 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list