CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4520|Reply: 0

[Selangor] Perkenalan sehari berakhir diperkosa

[Copy link]
Post time 5-5-2024 02:24 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Petaling Jaya: Polis menahan seorang penganggur selepas merogol remaja perempuan di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mangsa berusia 14 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan lelaki berusia 23 tahun itu di aplikasi Telegram.

Beliau berkata, mereka kemudian bertemu Khamis lalu selepas sehari berkenalan.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke kawasan perumahan sebelum dirogol suspek.


"Mangsa kemudian membuat laporan polis pada hari sama kejadian.

"Susulan itu, polis yang mengesan suspek menahan lelaki itu kelmarin bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Shahrulnizam berkata, siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dua kes narkotik.

"Suspek direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -berakhir-diperkosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 1.678187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list