CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 0

[Tempatan] Kempen ‘PM hilang’ di Kuala Kubu Baharu, Zaid Ibrahim persoal ketua kumpulan Teoh Beng Hock disiasat

[Copy link]
Post time 6-5-2024 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Kempen ‘PM hilang’ di KKB, Zaid persoal ketua kumpulan Teoh Beng Hock disiasat

https://www.freemalaysiatoday.co ... beng-hock-disiasat/

FMT Reporters
06 May 2024, 01:02 PM



Ahli Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi mengadakan protes memetik nama Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baharu semalam. (Gambar Facebook)

Ng Yap Hwa disiasat kerana menghina dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan.

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini bertanya sama ada rakyat Malaysia masih dibenarkan mengadakan protes susulan siasatan yang dimulakan terhadap pengerusi Persatuan Teoh Beng Hock untuk Kemajuan Demokrasi.

Ng Yap Hwa disiasat kerana menghina dengan sengaja, dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan berikutan kempen “Cari Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang Hilang”, dilancarkan oleh persatuan itu di Kuala Kubu Baharu semalam.

Ahli persatuan, Wong Yan Ke berkata, polis menganggap kempen itu menyalahi undang-undang dan menuntut agar poster-poster oleh persatuan itu diturunkan. Ng dijangka hadir ke balai polis Hulu Selangor untuk kenyataannya dirakam lewat hari ini.

“(Kes) kematian tragis Teoh Beng Hock tidak pernah diselesaikan. Walaupun begitu banyak siasatan dan inkues dijalankan, tiada jawapan yang jelas (diperoleh). Semestinya keluarga dan rakan-rakan Teoh Beng Hock tidak puas hati. Masyarakat awam juga (tidak puas hati),” kata Zaid dalam catatan di platform media sosial, X.

“Mereka di Kuala Kubu yang setia mengundi kerajaan demokrasi berharap ia akan menyebelahi kebenaran dan membenci penyembunyian. Mereka berharap penyembunyian (oleh) kerajaan tidak berlaku lagi. Mesti mereka mengutuk diri sendiri (kerana memilih kerajaan semasa).

“Saya rasa kasihan dengan penunjuk perasaan itu. Polis sedang menyiasatnya kerana menghina dengan sengaja, dengan niat membangkitkan pecah keamanan. Mengapa kerajaan kita begitu tegas? Adakah rakyat tidak lagi boleh protes?”

Ng, bersama Teoh Lee Lan, adik Beng Hock, dilaporkan menggunakan tempoh kempen PRK Kuala Kubu Baharu sebagai peluang untuk melobi pertemuan dengan perdana menteri bagi membincangkan kematian Teoh pada Julai 2009.

Persatuan itu menyerahkan surat bantahan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Disember, menyatakan rasa tidak puas hati kerana tiada sesiapa dipertanggungjawabkan atas kematian Beng Hock.

Beng Hock, pembantu politik Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemukan meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, beberapa jam selepas hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di tingkat 14.

Inkues koroner pada 2011 mencapai keputusan terbuka. Keluarganya memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan, tiga tahun kemudian, mengetepikan keputusan terbuka tersebut, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah disebabkan oleh pelbagai kecederaan akibat perbuatan menyalahi undang-undang oleh individu-individu yang tidak diketahui.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list