CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2905|Reply: 0

Al-Hilal pula bakal kecewakan Ronaldo

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:37 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo (tengah) kini mendahului senarai penjaring Liga Pro Saudi, tetapi pasukannya ketinggalan dalam kedudukan liga. - Foto AGENSI

RIYADH: Bekas pengendali Al-Nassr, Rudi Garcia pernah menyamakan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Liga Pro Saudi seperti perpindahan Pele ke New York Cosmos pada tahun 1975.

Dia yakin bintang Portugal itu mampu memberi pendedahan kepada Liga Pro Saudi seperti Pele membantu bola sepak berkembang di Amerika Syarikat.

Jangkaan Garcia cukup tepat berkenaan Ronaldo. Pemain 39 tahun itu berjaya menarik ramai bintang bola sepak dari seluruh dunia ke negara Timur Tengah itu.

Namun ketika bekas bintang Manchester United itu sudah memenangi hampir kesemua trofi utama dalam kariernya, satu gelaran masih belum berjaya diraihnya - Liga Pro Saudi.


Penantiannya untuk gelaran liga di Arab Saudi kelihatan akan berterusan, dengan pesaing liga, Al-Hilal kini mendahulu dengan kelebihan 12 mata dan hanya empat perlawanan berbaki musim ini.

Ini bermakna dua musim berturut-turut Al-Nassr dan Ronaldo terlepas gelaran liga - selepas muncul naib juara tahun lalu di belakang Al-Ittihad.

Ia pasti mengecewakan Ronaldo yang meledak 32 gol dalam 27 aksi liga untuk mendahului senarai penjaring liga Arab Saudi.

Kehebatan pemenang lima kali Ballon d'Or itu gagal menafikan Al-Hilal untuk kejuaraan liga keempat mereka sejak tahun 2020 dan trofi kedua musim ini selepas memenangi Piala Super Saudi bulan lalu.

Skuad kendalian Jorge Jesus kekal selesa di puncak liga sejak 26 perlawanan terakhir musim ini.

Malah Al-Hilal belum pernah tewas dalam saingan liga musim ini, hanya tercicir mata dua kali di peringkat awal selepas seri 1-1 dengan Al-Fayha dan Damac pada Ogos dan September.

Mereka turut memecahkan rekod musim ini. Anak buah Jesus merakam kemenangan ke-28 berturut-turut pada Jumaat lalu, dengan Mitrovic, pencabar terdekat Ronaldo untuk Kasut Emas, membantu pasukannya menewaskan Al-Taawoun 3-0.

Keputusan itu mengatasi rekod deretan kemenangan oleh mana-mana pasukan bola sepak profesional, yang sebelum ini dipegang kelab Wales, The New Saints dengan 27 kemenangan berturut-turut pada tahun 2016. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-kecewakan-ronaldo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 2.115649 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list