CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24127|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja kilang warga Bangladesh nafi pukul bini

[Copy link]
Post time 11-7-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kilang warga Bangladesh nafi pukul bini


Nur Izzati Mohamad[email protected]




PEKERJA kilang warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini. FOTO Danial Saad





Butterworth: Pekerja kilang warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga menyebabkan kecederaan pada hujung bulan lalu.

Tertuduh Shuvo Chandra Roy, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 38 tahun dengan tangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Mak Mandin Jaya dalam daerah Seberang Perai Utara pada 9.30 malam 29 Jun lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma' 'Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan berikutan tertuduh bukan warganegara, selain semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati tertuduh sepatutnya perlu pulang ke negara asal selepas Program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) tamat tempoh pada 31 Mac lalu.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 September ini untuk lantikan peguam.



Disiarkan pada: Julai 11, 2024 @ 2:32pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039413 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list