CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4529|Reply: 0

[Pulau Pinang] Saya curi durian sebab nak makan, kata nelayan yang kena denda RM200

[Copy link]
Post time 12-7-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-7-2024 01:05 PM

Saya curi durian sebab nak makan, kata nelayan yang kena denda RM200


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 12, 2024 @ 12:47pm [email protected]





Seorang nelayan, Roskhaizan Romli, 46, didenda RM200 selepas mengaku bersalah mencuri tiga biji durian ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini. - Foto NSTP/ Aminah Yusof





BALIK PULAU: Seorang nelayan didenda RM200 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri tiga biji durian dalam sebuah kebun di Jalan Teluk Bahang di sini, Selasa lalu.

Majistret Chia Huey Ting mengenakan denda itu terhadap tertuduh, Roskhaizan Romli, 46, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal melunaskan denda berkenaan dan tertuduh membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu telah mencuri tiga biji durian dianggar bernilai RM200 milik Neoh Aik Eng, 40, di lot 295 Jalan Teluk Bahang pada jam 12.15 tengah hari, 9 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh ketika disoal Huey Ting mengapa dia melakukan perbuatan tersebut menjawab dia ingin makan durian yang dicurinya itu.

"Saya curi durian sebab nak makan, minta hukuman paling ringan puan," katanya yang berpendapatan sekitar RM1,000 sebulan.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang jurutera didenda RM50 selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang kanak-kanak lelaki dalam lif sebuah kondominium, 23 April lalu.

Tertuduh, M Ramesh, 49, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan cara mengeluarkan kemaluan daripada seluar dipakai di hadapan seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam lif Orchard Ville, Lengok Kelicap Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, pada jam 7.25 malam, 23 April lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Tertuduh selepas mengaku fakta kes termasuk bukti berupa tujuh keping gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkata dia tidak berniat buruk terhadap mangsa.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051917 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list