CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75495|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita 'keldai akaun' ditahan sebabkan kerugian RM213,200

[Copy link]
Post time 13-7-2024 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Wanita 'keldai akaun' ditahan sebabkan kerugian RM213,200

12 Julai 2024 10:49pm








Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini. Gambar hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat di sini pada Jumaat susulan laporan dibuat mangsa.



"Siasatan mendapati mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM213,200 dan membuat laporan polis selepas menyedari ditipu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata, polis menahan seorang wanita berusia 51 tahun selepas dia menyerah diri di Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan kes penipuan itu melibatkan mangsa seorang pembantu taska wanita berumur 28 tahun yang kerugian RM7,000.

Menurutnya suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an bagi kes sama. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.080929 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list