CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48045|Reply: 0

[Kedah] Tak sampai hati bila tengok banyak anak

[Copy link]
Post time 14-7-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Tak sampai hati bila tengok banyak anak


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]





MUHAMMAD Naiman mendapat perhatian selepas berkongsi video melepaskan kembali dua induk ikan toman dinaikkan ke darat ketika memancing di Tasik Beris, Sik. FOTO Ihsan Muhammad Naiman Zulkefli





Sik: "Kasihan pula bila tengok banyak anak, jadi saya lepaskan semula," kata Muhammad Naiman Zulkefli, 24, yang melepaskan semula dua ikan toman yang dipancingnya di Tasik Beris di sini baru-baru ini sekali gus mendapat pujian warga maya selepas memuat naik video di TikTok.

Perkongsian video peniaga apam balik itu meraih 2.9 juta tontonan dan lebih 4,800 komen netizen yang turut memuji tindakan Muhammad Naiman melepaskan dua induk ikan itu sambil sekumpulan anak ikan toman dilihat berhampiran tasik itu.

Berkongsi cerita, Muhammad Naiman berkata, dia berjaya menaikkan dua induk berkenaan secara berasingan dalam masa selang dua minit dan percaya 'sekumpulan' akan ikan yang berada di tasik sama adalah anak induk ikan berkenaan.

Menurutnya, induk ikan berkenaan adalah jantan dan betina berdasarkan saiz iaitu ikan yang bersaiz lebih kecil adalah jantan, manakala betina bersaiz lebih besar.

"Saya dapat naikkan dua ikan itu menggunakan jumfrong (umpan palsu) dan lapan minit kemudian saya lepaskan semula kerana nampak ada sekumpulan anak ikan toman berhampiran.

"Rasa kasihan pula sebab nampak anak ikan itu dan kebetulan saya bukan penggemar ikan toman jadi lebih baik dilepaskan semula dua induk itu ke habitat asal semula," katanya.

Katanya, ketika melepaskan ikan itu ke tasik, sekumpulan anak ikan turut berenang berhampiran seolah-olah tahun induk mereka akan dilepaskan di kawasan itu.

"Ikan toman antara ikan yang akan menjaga anak dan akan berenang bersama atau anak berenang di atas badan induk selain ikan haruan dan bujuk," katanya.

Berhubung perkongsian video TikToknya, Muhammad Naiman berkata, dia tidak menyangka video itu akan meraih jutaan tontonan serta ribuan komen netizen.

"Mungkin video itu bawa mesej kerana anak ikan itu dilihat seolah-olah seperti menunggu induknya," katanya.




Disiarkan pada: Julai 14, 2024 @ 4:06pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038180 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list