CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17628|Reply: 0

[Negeri Sembilan] GRO ditahan, methamphetamine cap 'kod QR' bernilai RM8.7 juta dirampas

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:25 AM | Show all posts |Read mode

RIBUAN (tengah) menunjukkan dadah jenis methamphetamine yang dirampas pada sidang media, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.


Nilai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas methamphetamine cap 'kod QR' seberat 273 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM8.7 juta, awal bulan lalu.

Ia susulan pemeriksaan dilakukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM terhadap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi jalan dekat Bandar Puteri Puchong, Selangor, kira-kira 10.45 pagi, 5 Julai lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, dadah berkenaan dipercayai dibawa dari utara sebelum dibawa wanita berusia 35 tahun berkenaan ke Lembah Klang.

"Dengan kerjasama Cawangan Risikan Ibu Pejabat JKDM dan dibantu Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA), kami menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan membabitkan rampasan dadah jenis methamphetamine pada 5 Julai lalu.

"Pasukan menahan sebuah MPV jenis Hyundai Starex di Bandar Puteri Puchong. Hasil pemeriksaan ke atas MPV itu, pasukan menjumpai 13 guni yang didalamnya terdapat sebanyak 268 bungkusan yang berlabel teh herba Cina.

"Pemeriksaan ke atas bungkusan itu mendapati di dalamnya mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 273.7 kg dan dianggarkan bernilai RM8.7 juta," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan terbabit dalam aktiviti mengedar dadah yang diperoleh dari negara jiran dan dibawa ke Lembah Klang melalui jalan darat.

"Kami difahamkan wanita yang bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan menyewa MPV itu selama dua hari di utara dan menyembunyikan dadah di dalam guni bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kami masih lagi melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti dan mengesan ahli sindiket yang lain.

"Mengenai kod QR yang terdapat pada plastik methamphetamine berkenaan, kami percaya ia dari geng tertentu kerana pihak kami sudah mencuba mengimbas, namun tidak berfungsi," katanya.

Ribuan berkata, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, dianggarkan seramai lebih 1.3 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.284451 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list