CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31997|Reply: 0

[Kedah] Pasangan kembar gembira dapat keputusan cemerlang STPM

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan kembar gembira dapat keputusan cemerlang STPM


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 23, 2024 @ 5:51pm [email protected]





Shuang Er (dua dari kiri) dan Shuang Yee (tengah) bersama bapa mereka Wong Soon Hwa serta ibu, Lim Sook Ching (kiri) selepas menerima keputusan STPM hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman





ALOR SETAR: Sepasang kembar di sini berkongsi kegembiraan apabila masing-masing meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 3.84 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Wong Shuang Er,20, dan Wong Shuang Yee, mengakui sangat bertuah dilahirkan sebagai pasangan kembar kerana memberi kelebihan untuk mereka belajar dan berbincang bersama-sama jika ada subjek kurang difahami.

"Pada mulanya, kami keliru dan tidak tahu hendak menyambung pengajian ke mana selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi atas nasihat bapa, kami buat keputusan memasuki Tingkatan Enam dan ternyata keputusan itu berbaloi.

"Saya rasa lebih mudah belajar apabila ada saudara kembar, kami berbincang mengenai pelajaran di rumah, malah kami juga dapat berkongsi banyak perkara kerana belajar di sekolah sama," katanya ditemui di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di sini, hari ini.

Pasangan kembar ini berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Shuang Er antara 10 calon STPM 2023 kolej berkenaan yang berjaya mencatat keputusan PNGK 4.00, manakala Shuang Yee memperoleh PNGK 3.84.

Sementara itu, bagi Fatnin Ayuni Hasrizal,20, keputusannya masuk ke Tingkatan Enam di kolej itu adalah pilihan tepat apabila meraih PNGK 4.00 dalam STPM 2023.

"Saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas SPM tetapi ditolak untuk saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.

"Alhamdulillah, keputusan saya terbalas dan kini bercadang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas ini," katanya.

Wisam Mohamad Roslee, 20, yang menjadi satu-satunya pelajar lelaki meraih keputusan PNGK 4.00 dari kolej itu berkata, dia sangat bersyukur apabila segala penat lelahnya terbayar hari ini.

"Untuk STPM, yang penting bukan berapa banyak kita hafal tetapi berapa banyak kita faham, maknanya kita perlu lebih kepada kualiti daripada kuantiti," katanya







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list