CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47990|Reply: 0

[Johor] Empat sekolah rintis Johor fokus STEM tahun depan

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Onn Hafiz (dua kiri) bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi


JOHOR BAHRU: Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bermula tahun depan membabitkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah dengan tumpuan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dan bahasa Inggeris.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kewujudan sekolah rintis itu selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti di Johor.

"Selari titah Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti, Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bermula 2025.

"Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), projek rintis ini adalah langkah permulaan untuk mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

"Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan STEM serta bahasa Inggeris dan sebagai permulaan, ia akan membabitkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh JPNJ," katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Onn Hafiz berharap rancangan itu akan membuahkan hasil baik demi masa depan Johor.

Pada 13 Februari lalu, Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya kerajaan negeri mempertingkatkan pendidikan anak Bangsa Johor supaya tidak keciciran.

Titah itu diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin yang ketika itu baharu mengangkat sumpah untuk mengambil alih portfolio pendidikan negeri.

"Hasrat pertama Pemangku Sultan Johor adalah ingin melihat pendidikan anak Bangsa Johor dipertingkatkan supaya tidak tercicir," kata Aznan.

Pada 9 Mei lalu, Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya silibus mata pelajaran sekolah yang sudah tidak lagi relevan diperbaharui.

Baginda bertitah, langkah itu menjadi satu keperluan berikutan pendidikan berkualiti adalah asas kemajuan dan penting bagi penyelesaian pelbagai isu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.242917 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list