CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18975|Reply: 0

[Kedah] Harap ada sinar buat Raida

[Copy link]
Post time 1-8-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Harap ada sinar buat Raida


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MOHAMAD Bakar (kiri) dan isterinya, Mahfuzah menjaga anak mereka, Nur Izzatunnisa Raida yang menghidap kanser darah. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak perempuan, Nur Izzatunnisa Raida Mohamad Bakar, 8, yang sebelum ini lincah dan aktif dalam sukan olahraga di sekolah kini terpaksa berehat selepas disahkan menghidap leukimia, Mei lalu.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapanya terpaksa berulang alik dari rumah mereka di Kampung Kuala Janing, Mukim Belimbing Kiri, di sini ke Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap empat kali sebulan untuk membawanya mendapatkan rawatan susulan.

Bapanya, Mohamad Bakar Abd Majid, 41, berkata, dia yang hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam ada masanya tidak dapat berniaga kerana terpaksa menghantar anak kedua dari empat beradik itu ke hospital.

Katanya, wang simpanan yang ada pula semakin berkurangan kerana digunakan sepenuhnya untuk kos ulang alik dan makan minum ke Pulau Pinang.

"Raida mempunyai kembar iaitu Nur Izzatunnisa Raiqa dan hubungan mereka sangat rapat sebelum ini namun sejak Raida sakit, hanya adiknya yang pergi sekolah setiap hari manakala dia terpaksa berehat di rumah.

"Anak saya dikesan menghidap kanser darah itu selepas kerap demam sehinggakan wajahnya pucat.

"Saya kemudian membawa Raida menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan menjalani ujian darah.

"Doktor memaklumkan, tekanan darah anak saya sangat rendah dan perlu ditambah darah namun ia tidak membantu dan perlu dirujuk ke HPP," katanya.

Menurut Mohamad Bakar, doktor kemudian mengambil air tulang sum sum untuk mendapatkan keputusan penyakitnya sebelum disahkan menghidap kanser dan perlu dimasukkan ke wad.

Katanya, doktor mengesyorkan supaya anaknya dipasang kimopod untuk memudahkan rawatan kemoterapi dilakukan tetapi malangnya ketika itu Raida diserang sawan.

"Dia perlu menjalani lapan pusingan dan hanya tinggal satu pusingan lagi belum dilakukan.

Selepas ini, doktor akan melakukan kemoterapi selama 24 jam dan disebabkan itulah saya tidak dapat berniaga kerana perlu menemani anak di HPP bersama isteri, Mahfuzah Mohd Mahyidin, 38.

Katanya, Raida sering bertanyakan padanya bila dia akan kembali ke sekolah kerana rindu untuk belajar bersama rakan-rakan sekelas serta gurunya.

Menurutnya, dia hanya belajar di rumah dengan bantuan kembarnya, Raiqa.

"Abang sulung mereka, Muhammad Irshad Rifqi, 11, pula mengalami kecederaan pada kaki akibat akibat terjatuh di halaman rumah, Rabu minggu lalu menyebabkan saya terpaksa menjaga kedua-duanya di rumah.

Disebabkan itu, ketika dia dan isteri menemani Raida ke Pulau Pinang, tiga anaknya termasuk Muhammad Irshad dan Nur Izzatunnisa Raiqa serta Nur Qurratul Raisya, 3, terpaksa ditinggalkan pada nenek mereka di rumah.

"Memang berat ujian yang perlu tempuh kerana dalam keadaan ini, saya memerlukan wang yang banyak untuk kos ulang alik menghantar Raida ke hospital manakala anak-anak yang lain perlu perbelanjaan sekolah.

"Isteri saya pula tidak bekerja dan saya pula, kalau tidak berniaga, tidak adalah wang untuk simpanan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank CIMB 7634368017 milik Mohamad Bakar Abd Majid.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi kanak-kanak itu dan menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan dapur untuk kegunaan mereka.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada pesakit supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan rawatan di hospital.



Disiarkan pada: Ogos 1, 2024 @ 11:29am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list