CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30483|Reply: 0

[Pulau Pinang] Langgar polis ketika Op Tapis Khas, lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 2-8-2024 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Langgar polis ketika Op Tapis Khas, lelaki ditahan


BERNAMA




FOTO hiasan




Georgetown: Seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang bertindak melanggar seorang konstabel polis hingga cedera di beberapa bahagian badan semasa Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Air Itam, di sini, sehari selepas kejadian tersebut hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.

"Dalam kejadian pada kira-kira 8.20 pagi Selasa itu, sepasukan polis telah menjalankan Op Tapis Khas dalam kawasan klinik tersebut selepas menerima aduan terdapat kegiatan penjualan dadah kepada penagih yang menerima rawatan metadon di situ.

"Ketika pihak polis cuba menahan suspek yang menaiki sebuah motosikal, lelaki itu yang juga penagih dadah bertindak melanggar konstabel berusia 27 tersebut kerana mahu melarikan diri daripada ditahan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razlam berkata anggota polis lelaki berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan diberi rawatan awal di klinik kesihatan tersebut sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

berkata konstabel tersebut menerima rawatan sebagai pesakit luar di HPP dan diberikan cuti sakit, manakala suspek yang mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah serta empat kes jenayah kini direman untuk siasatan lanjut.



Disiarkan pada: Ogos 1, 2024 @ 10:59pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list