CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45229|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wanita cedera ditikam suami dibenarkan keluar hospital

[Copy link]
Post time 15-8-2024 01:24 AM | Show all posts |Read mode


Seremban: Wanita yang cedera ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau semalam, dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol.

"Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.

"Lelaki berusia 32 tahun itu akan ditahan untuk siasatan lanjut selepas ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dipercayai akibat perselisihan faham sebelum lelaki itu bertindak meminum racun rumpai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054587 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list