View: 52891|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Buntu cari mangsa lemas, operasi dihentikan
[Copy link]
|
|
Bot Pasukan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan selepas tiga hari operasi dilakukan di Pantai Tanjung Gemok, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Port Dickson: Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang lelaki dikhuatiri lemas berhampiran pantai Glory Beach Resort, di sini, ditamatkan pasukan penyelamat semalam.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim,Mohd Khairi Abd Aziz berkata, operasi mencari mangsa lemas ini dihentikan selepas pencarian mangsa memasuki hari ketiga gagal menemui petunjuk baharu.
Walau bagaimanapun ujar beliau, Maritim Malaysia akan meneruskan pemantauan menerusi operasi rondaan rutin yang dilakukan anggota agensi itu.
"Operasi ini membabitkan lebih 70 pegawai dan anggota serta enam aset laut dari pelbagai agensi membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Sektor pencarian adalah seluas 35 kilometer persegi.
"Terdahulu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC), Johor Bahru mengaktifkan operasi itu pada 20 Ogos lalu susulan laporan awam berhubung insiden seorang lelaki dikhuatiri lemas berhampiran pantai Glory Beach Resort, di sini," katanya.
Mohd Khairi berkata, susulan daripada insiden itu Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) dibuka di Tanjung Gemuk, Port Dickson.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 23, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|