Sungai Laka dan Sungai Gurun melepasi tahap bahaya
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Alor Setar: Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan, sudah melepasi tahap bahaya, manakala enam sungai di tiga daerah lain pula melepasi tahap amaran.
Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 8 pagi hari ini, Sungai Laka mencatatkan paras 22.77 meter (m) melebihi tahap bahaya 21.6 m, manakala Sungai Gurun pula 3.8 m berbanding tahap bahaya 3.5 m.
Trend air sungai itu terus menaik berikutan hujan lebat sejak semalam.
Sementara itu, lima sungai lain iaitu Sungai Sari di Kilang Gula dan Sungai Perik di daerah Padang Terap, manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jabatan TAR di daerah Kota Setar, serta Sungai Bata dan Sungai Badak di Kubang Pasu pula mencatatkan aras air melebihi tahap amaran.
Kesemua sungai terbabit turut menunjukkan trend air menaik.
Disiarkan pada: September 17, 2024 @ 9:10am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134716/sungai-laka-dan-sungai-gurun-melepasi-tahap-bahaya
|