CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10166|Reply: 0

[Kedah] 'UPSR, PT3 wajar dikembalikan' - Mahdzir Khalid

[Copy link]
Post time 17-9-2024 02:27 PM | Show all posts |Read mode
'UPSR, PT3 wajar dikembalikan' - Mahdzir Khalid


September 17, 2024 @ 1:24pm






Datuk Seri Mahdzir Khalid. - Foto fail NSTP



Oleh Noorazura Abdul Rahman

ALOR SETAR: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan pada 2022 wajar untuk dikembalikan semula.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata peperiksaan itu sebelum ini terbukti menjadi teras kepada aspek kemenjadian murid.

"Saya berpandangan bahawa kedua-dua peperiksaan UPSR dan PT3 itu ada nilainya yang tersendiri dan ia menjadi salah satu komponen yang penting dalam sistem pendidikan kita sejak sekian lama kita menggunapakainya.

"Jadi, saya lihat perkara itu ada kewajarannya untuk kita adakan semula peperiksaan berkenaan kerana ia terbukti menjadi teras kepada aspek kemenjadian murid sepertimana yang kita mahukan untuk anak-anak generasi pewaris masa depan negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung cadangan supaya sistem peperiksaan bagi Tahun Enam di sekolah rendah dan Tingkatan Tiga di sekolah menengah dirombak.

Mahdzir berkata, pemansuhan UPSR dan PT3 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada 2022 itu dibuat dalam situasi tergesa-gesa dan tanpa melakukan kajian mendalam.

Katanya, pemansuhan peperiksaan itu yang digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga memberi kesan kepada penilaian sebenar tahap pencapaian pelajar.

Justeru, beliau berkata, saranan oleh Ahmad Zahid itu perlu diambil secara positif oleh Kementerian Pendidikan kerana kesan pemansuhan UPSR dan PT3 mula terlihat apabila isu keciciran kira-kira 10,177 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berpunca daripada masalah membaca, menulis dan mengira (3М).

"Saya melihat kaedah pentaksiran PBD dan PBS itu tidak menggambarkan tahap sebenar kemampuan pelajar berbanding menerusi penilaian berasaskan sistem peperiksaan.

"Kaedah pentaksiran itu juga saya fikir memberi beban tambahan kepada guru kelas," katanya.

Mahdzir mendakwa, ada juga kedengaran suara daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan PBD dan PBS yang menjejaskan peluang anak mereka memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya juga melihat dari sudut tahap persaingan dan kesungguhan murid Tahun Enam di sekolah rendah dan pelajar di Tingkatan Tiga agak berkurangan apabila tidak ada peperiksaan khas seperti UPSR dan PT3 dahulu, di mana murid dan pelajar berada dalam suasana persaingan dan kesungguhan yang cukup tinggi untuk mencapai kejayaaan.

"Begitu juga di peringkat ibu bapa yang bersemangat untuk melihat anak mereka berjaya menerusi peperiksaan itu dengan memberi lebih perhatian kepada pembelajaran anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan", katanya.

Untuk rekod, UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

PT3 pula mula dilaksanakan pada 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299352/upsr-pt3-wajar-dikembalikan-mahdzir-khalid






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.168920 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list