CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39398|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita maut terjatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-9-2024 06:06 PM

Wanita maut terjatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki

Oleh Nur Izzati Mohamad - September 17, 2024 @ 4:48pm[email protected]







Anggota bomba mengeluarkan mayat wanita yang maut selepas terjatuh dalam lubang saluran air sedalam 1.82 m dalam kejadian di Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam. - Foto ihsan JBPM Pulau Pinang





BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam 1.82 meter (m) ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Cherok Tokun di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Oh Ai Chin, 50, dari Taman Bukit Juru, Simpang Ampat, dilaporkan melakukan aktiviti pendakian di bukit itu sebelum dilaporkan terjatuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 12.59 tengah hari berhubung insiden itu.

"Ketika tiba di lokasi terdapat seorang mangsa dikhuatiri terjatuh ke dalam sebuah lubang saluran air sedalam 1.82 m.

"Kerja mengeluarkan mangsa dilakukan dan dia disahkan meninggal dunia. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi tadi menyebabkan kira-kira 70 lokasi di Seberang Perai dilaporkan dilanda banjir kilat dan kejadian pokok tumbang.

Dua kejadian banjir kilat membabitkan daerah Seberang Perai Utara, termasuk satu insiden pokok tumbang di Jalan Siram, yang menghempap sebuah kereta dinaiki wanita sedang hamil bersama suaminya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan diselamatkan orang awam sebelum anggota bomba tiba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Di daerah Seberang Perai Tengah pula berlaku kejadian banjir kilat membabitkan 42 lokasi, manakala daerah Seberang Perai Selatan membabitkan 26 lokasi.

Pasukan bomba juga menyelamatkan dua wanita orang kelainan upaya (OKU) yang terkandas selepas rumah didiami mereka di daerah Seberang Perai Selatan dinaiki air.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1299463/wanita-maut-terjatuh-dalam-lubang-saluran-air-ketika-mendaki





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.165825 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list