CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39020|Reply: 0

[Perlis] Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Kuala Sungai Padang

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Bangkai ikan lumba-lumba terdampar di Kuala Sungai Padang


BERNAMA






GAMBAR hiasan




Kangar: Bangkai ikan lumba-lumba dianggar seberat 130 kilogram (kg) ditemukan terdampar di kawasan Kuala Sungai Padang, dekat sini, hari ini.

Pengarah Perikanan Perlis, Mohammed Roshaizat Mustaffa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan bangkai terbabit pada 11 pagi.

"Ikan lumba-lumba itu daripada spesies Irrawaddy dolphin (Orcaella brevirostris) atau nama tempatannya lumba-lumba empesut. Haiwan ini dianggarkan mati sejak tiga hari lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemerhatian lanjut terhadap bangkai itu tidak menemukan sebarang kesan luka dan punca kematian masih dalam siasatan.

"Data karkas lumba-lumba ini telah diambil seperti data morfometrik dan sampel untuk tujuan analisis makmal. Selepas selesai membuat kutipan data, kerja-kerja pengurusan karkas dilakukan iaitu proses penanaman untuk tujuan pereputan secara semula jadi.

"Seterusnya, proses repositori tulang lumba-lumba ini akan dibuat selepas tempoh 180 hari karkas itu ditanam," katanya.

Beliau berkata, beberapa siri penemuan bangkai ikan lumba-lumba telah direkodkan oleh Pejabat Perikanan Perlis khususnya daripada spesies porpoise.



Disiarkan pada: September 17, 2024 @ 5:12pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134908/bangkai-ikan-lumba-lumba-terdampar-di-kuala-sungai-padang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044428 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list