CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15252|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang putuskan fatwa ajaran GISBH 15 Oktober ini

[Copy link]
Post time 20-9-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang putuskan fatwa ajaran GISBH 15 Oktober ini


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 20, 2024 @ 5:46pm [email protected]







Datuk Dr Mohd Sukki Othman





GEORGETOWN: Keputusan mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings (GISBH) akan ditentukan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat 15 Oktober ini.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata tindakan itu sama seperti sebelum ini yang mana Pulau Pinang mengeluarkan fatwa terhadap sebuah syarikat daripada kumpulan sama.

"Jawatankuasa (fatwa negeri) akan ambil keputusan itu dalam mesyuarat fatwa akan datang.

"Sekiranya keadaan mendesak yang memerlukan keputusan fatwa secepat mungkin, maka ketika itu mesyuarat jawatankuasa fatwa khas akan diadakan dengan segera terhadap isu berkenaan.

"Sebelum ini pun jawatankuasa sudah mengeluarkan fatwa terhadap Syarikat Rufaqa Corporation (SRC) Sdn Bhd iaitu kumpulan yang sama, hanya bertukar nama sahaja," katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis hari ini memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah iaitu kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi kenyataannya berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti menyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi terbabit sesat.

Ia menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai kumpulan ajaran sesat.

Mengulas lanjut Mohd Sukki berkata, persidangan mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada 20 Ogos 2007 lalu membincangkan mengenai tindakan menghalang usaha menghidupkan semula Al-Arqam menerusi syarikat terbabit dan rangkaian syarikat gabungannya.

"Kes dan aktiviti GISBH tidak berapa aktif di Pulau Pinang namun ia sentiasa dalam pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

"Buat masa sekarang, kita masih lagi mengikuti perkembangan apatah lagi ia sudah menjadi isu nasional.

"Pada peringkat negeri, pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan bahawa mana-mana ajaran sesat tidak diamal dan disebar di Pulau Pinang," katanya lagi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300866/pulau-pinang-putuskan-fatwa-ajaran-gisbh-15-oktober-ini






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.514000 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list