CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28518|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir Kedah meningkat kepada 6,868 di 42 PPS

[Copy link]
Post time 21-9-2024 02:33 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir Kedah meningkat kepada 6,868 di 42 PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 20, 2024 @ 9:54pm [email protected]







Jemaah Masjid Tuan Hussien, Titi Gajah, Alor Setar selesai menunaikan solat Jumaat walaupun masjid mereka kena banjir. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





ALOR SETAR: Jumlah mangsa yang berpindah ke 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini meningkat kepada 6,868 mangsa daripada 2,194 keluarga setakat jam 9 malam ini.

Jumlah mangsa meningkat berbanding 6,718 mangsa daripada 2,115 keluarga yang dilaporkan jam 6 petang tadi.

Maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa di daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan kepada 3,094 mangsa daripada 1,006 keluarga.


Walaupun kawasan masjid dinaiki air, kira-kira 300 jemaah tetap hadir untuk Solat Jumaat di Masjid Tuan Hussien, Titi Gajah, Alor Setar hari ini. Tong biru disediakan untuk membantu membawa jemaah Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Daerah Kubang Pasu kekal seramai 1,602 mangsa daripada 562 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS di daerah itu.

Daerah Pendang juga mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 950 daripada 266 keluarga di lapan PPS berbanding 933 mangsa daripada 264 keluarga sebelum ini.

Bagaimanapun dua PPS di daerah Kulim ditutup sepenuhnya hari ini selepas banjir mulai surut.

Enam sungai di negeri ini masing-masing tiga di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu masih kekal melepasi tahap bahaya setakat jam 9 malam ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300960/mangsa-banjir-kedah-meningkat-kepada-6868-di-42-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.226502 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list