CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28566|Reply: 0

[Pulau Pinang] Khatib lupa duduk antara dua khutbah, solat Jumaat Surau al-Muttaqin tak sah

[Copy link]
Post time 21-9-2024 02:39 AM | Show all posts |Read mode
Khatib lupa duduk antara dua khutbah, solat Jumaat Surau al-Muttaqin tak sah


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 20, 2024 @ 10:13pm [email protected]







Kenyataan mengenai solat Jumaat di Surau al-Muttaqin Sungai Ara, Bayan Lepas pada 13 September lalu tak sah - Foto FB





GEORGETOWN: Solat Jumaat di Surau al-Muttaqin, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, pada 13 September lalu didapati tidak sah kerana tidak memenuhi syarat khutbah.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata syarat yang tidak dipenuhi itu apabila khatib terlupa duduk antara dua khutbah.

Susulan itu, jemaah yang bersolat Jumaat di surau terbabit diwajib menunaikan solat Zohor secara qada bagi menggantikan solat Jumaat yang tidak sah berkenaan.

"Menurut mazhab Syafie dan ulama Syafiiyyah, duduk antara dua khutbah adalah sebahagian daripada syarat khutbah Jumaat.

"Berikutan itu, jika khatib tidak duduk antara dua khutbah sama ada sengaja atau terlupa, maka khutbahnya tidak sah dan solat Jumaat itu juga tidak sah.

"Kalau jemaah tidak sedar perkara itu, dimaafkan," katanya dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular kenyataan didakwa daripada Pengerusi Jawatankuasa surau berkenaan yang meminta maklumat mengenainya dipanjangkan kepada orang ramai.

Kenyataan itu mendakwa perkara berkenaan sudah dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Barat Daya dan Pejabat Mufti Pulau Pinang.

Katanya, Mohd Sukki yang membalas pertanyaan itu turut memutuskan bahawa jemaah yang terbabit harus laksanakan solat Zohor qado itu secara berjemaah.

"Tolong panjangkan makluman ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan sudah bersolat Jumaat di Surau al-Muttaqin pada 13 September lepas.

"Bagi pihak tuan imam, pegawai dan AJK (Ahli Jawatankuasa) Surau al-Muttaqin, saya memohon maaf atas kesilapan ini," menurut kenyataan itu lagi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300966/khatib-lupa-duduk-antara-dua-khutbah-solat-jumaat-surau-al-muttaqin






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.264559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list