CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44753|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat 8,111 mangsa di 40 PPS

[Copy link]
Post time 21-9-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-9-2024 05:57 PM

Mangsa banjir di Kedah meningkat 8,111 mangsa di 40 PPS


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Kawasan jalan yang dinaiki air berikutan limpahan air sungai di kawasan Kota Setar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus bertambah di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini iaitu seramai 8,111 mangsa daripada 2,595 keluarga pada jam 5 petang hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 7,839 mangsa daripada 2,477 keluarga membabitkan lima daerah yang dilaporkan pada jam 1 petang tadi.

Kesemua jumlah itu membabitkan keseluruhan mangsa di lima daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang Bandar Baharu dan Pokok Sena.

Sementara itu, PPS di Kuala Muda yang menempatkan 184 mangsa daripada 61 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini berikutan paras air semakin surut.

Melalui laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, Daerah Kota Setar terus mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 4,170 mangsa daripada 1,385 keluarga setakat jam 5 petang hari ini.

Kesemua mereka ditempatkan di 15 PPS di daerah ini setakat jam 5 petang ini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Selain itu, daerah Kubang Pasu pula terus mencatatkan penurunan seramai 1,483 mangsa di 10 PPS daripada 472 keluarga berbanding 1,869 mangsa daripada 597 keluarga sebelum ini.

Dalam pada itu, mangsa banjir di lima PPS Pokok Sena juga menurun kepada 828 mangsa daripada 256 keluarga berbanding 889 mangsa daripada 272 keluarga.

Selain itu, mangsa di daerah Pendang pula menunjukkan peningkatan kepada 1,483 mangsa daripada 448 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS setakat ini.

Jumlah itu berubah berbanding 1,291 mangsa daripada 385 keluarga di daerah Pendang pada jam 1 petang.

Sementara itu, daerah Bandar Baharu pula meningkat kepada 147 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 138 mangsa daripada 32 keluarga sebelum ini.

Dalam pada itu, keadaan banjir di beberapa kawasan di negeri ini dilaporkan semakin surut berikutan cuaca semakin baik, hari ini.



Disiarkan pada: September 21, 2024 @ 5:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136189/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-8111-mangsa-di-40-pps





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.081443 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list