CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39812|Reply: 0

[Kedah] Bapa hilang lebih 2 minggu, kereta ditemui hangus terbakar

[Copy link]
Post time 21-9-2024 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-9-2024 08:01 PM

Bapa hilang lebih 2 minggu, kereta ditemui hangus terbakar

OlehROSHILA MURNI ROSLI

21 September 2024 07:11pm




Keadaan kereta jenis Proton Waja milik Sabari yang ditemui hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat. (Kanan: Sabari gagal dikesan sejak keluar rumah 3 September lalu.)




ALOR SETAR - Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.

Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.


"Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.

"Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.


Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.

"Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang," katanya.


Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).


]
Sabari bergambar bersama anak-anak dan menantunya.




"Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.

"Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja," katanya.

Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.


"Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai," katanya.

"Oleh itu, kepada mana- mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin)," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/686866/berita/semasa/bapa-hilang-lebih-2-minggu-kereta-ditemui-hangus-terbakar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048868 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list