CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32363|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air Seberang Perai Selatan pulih sepenuhnya

[Copy link]
Post time 9-10-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air Seberang Perai Selatan pulih sepenuhnya

Nur Izzati Mohamad - Oktober 9, 2024 @ 3:37pm [email protected]





FOTO hiasan. - BERNAMA/FAIL





NIBONG TEBAL: Bekalan air di tiga kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) yang terjejas susulan gangguan bekalan air berjadual sehingga semalam, pulih sepenuhnya pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata data direkodkan Pusat Kawalan Bekalan Air Pulau Pinang menunjukkan tekanan air di kawasan itu mencapai paras kedudukan meter ditetapkan.

"Bacaan sedemikian untuk kawasan kediaman menunjukkan bekalan pulih. Kemungkinan punca pemulihan tertangguh adalah penggunaan air sangat tinggi di SPS dan Seberang Perai Tengah (SPT) berikutan gangguan bekalan air berjadual.

"Air terawat yang dipam ke SPS tidak dapat sampai ke tiga kawasan terbabit kerana air yang digunakan pengguna terletak di huluM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setelah tangki air dan takungan di hulu di SPT dan SPS diisi semula, katanya, isi padu air yang mencukupi pada tekanan yang betul sampai kepada pengguna terjejas di Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri.

Kira-kira 118,000 pengguna terjejas akibat gangguan air berjadual di SPT dan SPSP selama 24 jam bermula 10 malam Jumaat lalu.

Ia susulan bahagian saluran paip utama berhampiran Politeknik Seberang Perai (PSP) di Permatang Pauh telah dirosakkan kontraktor syarikat utiliti lain, kira-kira dua minggu lalu dengan kerja pembaikan dianggar menelan RM2 juta.

Dalam pada itu, Pathmanathan sekali lagi memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna yang terjejas akibat insiden itu di Seberang Perai.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1308652/bekalan-air-seberang-perai-selatan-pulih-sepenuhnya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053823 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list