CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69168|Reply: 0

[Kedah] Air pasang besar: Mangsa banjir pindah di Bandar Baharu meningkat 107 orang

[Copy link]
Post time 19-10-2024 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Air pasang besar: Mangsa banjir pindah di Bandar Baharu meningkat 107 orang

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 19, 2024 @ 7:42pm[email protected]




Anggota APM mengambil maklumat daripada mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di SK Sungai Kechil Ulu. - Foto ihsan APM





BANDAR BAHARU: Jumlah mangsa banjir dipindahkan akibat fenomena air pasang besar di daerah ini meningkat kepada 107 orang daripada 29 keluarga setakat jam 7 petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin, berkata semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang mula dibuka jam 10 pagi tadi.

"Jumlah itu membabitkan 33 lelaki dewasa, 42 wanita dewasa, 26 kanak-kanak, enam bayi, 13 warga emas dan dua orang kurang upaya (OKU).

"Mereka membabitkan penduduk di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak yang terjejas akibat fenomena air pasang besar yang menyebabkan Sungai Kerian melimpah," katanya melalui kenyataan.

Media hari ini melaporkan, fenomena air pasang besar melanda Kampung Besar, Mukim Bagak Samak di Bandar Baharu menyebabkan 25 keluarga terdiri 100 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sebuah PPS dibuka SK Sungai Kechil Ulu dibuka berikutan paras air naik setinggi 0.5 meter di rumah penduduk terjejas.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1313330/air-pasang-besar-mangsa-banjir-pindah-di-bandar-baharu-meningkat-107





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.044040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list