CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41386|Reply: 0

[Kedah] Projek jalan ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 24-10-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Projek jalan ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Oktober 24, 2024 @ 7:41pm



Foto ihsan Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail




ALOR SETAR: Projek pembinaan laluan jalan raya yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sadao, Thailand, akan memperkukuh hubungan antara Malaysia dengan Thailand serta memudahkan pergerakan ekonomi dan sosial di sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata projek berkenaan juga merupakan manifestasi keprihatinan kementerian itu dalam memastikan keselamatan sempadan sentiasa terjaga, selain meningkatkan kemudahan infrastruktur yang lebih baik untuk pasukan keselamatan negara.

"Laluan ini bukan saja akan memudahkan aliran keluar masuk kenderaan antara Malaysia dengan Thailand, tetapi juga akan meningkatkan keselamatan serta kelancaran pergerakan kenderaan berat, bermuatan dan awam di kawasan sempadan yang strategik ini," katanya dalam catatan melalui Facebook mengenai tinjauan beliau ke tapak projek berkenaan, hari ini.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Razman Abu Samah.

Saifuddin Nasution berkata, antara skop utama projek itu ialah pembinaan jalan berkembar enam lorong dua hala sepanjang 900 meter (m) dan pembinaan Jalan Perkhidmatan Piawaian sepanjang 300m yang akan menghubungkan jalan utama ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam.

Selain itu, projek berkenaan membabitkan meroboh dan membina semula 10 blok bangunan di Kem Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Bukit Kayu Hitam, dan pembinaan sebuah Pos Kawalan Akhir serta Pintu Gerbang Berbumbung yang baharu, yang bakal menjadi simbol penyambutan antara dua negara jiran.

"KDN akan terus komited memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa berada pada tahap terbaik, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan, ihsan dan kesejahteraan untuk semua," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315538/projek-jalan-icqs-bukit-kayu-hitam-ciq-sadao-perkukuh-hubungan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.067979 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list