CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23779|Reply: 0

[Kedah] Cukai perjalanan: Rakyat Malaysia tetap kunjungi Thailand

[Copy link]
Post time 25-10-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-10-2024 01:09 PM

Cukai perjalanan: Rakyat Malaysia tetap kunjungi Thailand

ROSLINDA HASHIM
25 Oktober 2024 08:40am




Eugene percaya pelaksanaan dasar baharu kerajaan Thailand tidak memberi kesan kepada pelancongan negara itu.




ALOR SETAR - Cukai perjalanan yang akan diperkenalkan oleh Thailand bermula tahun hadapan dipercayai tidak memberi kesan kepada sektor pelancongan negara tersebut.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Eugene Dass berkata, ia juga tidak akan menjejaskan kebanjiran rakyat negara ini yang akan terus memilih negara jiran itu sebagai tempat pelancongan.

Menurutnya, kos tambahan yang dikenakan itu juga tidak membebankan pelancong berikutan caj yang dikenakan tidak terlalu tinggi iaitu RM39 (300 baht).

“Ia kemungkinan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada beza selepas cukai tersebut diperkenalkan.

“Saya percaya pelancong masih akan pergi ke Thailand termasuk rakyat Malaysia kerana faktor-faktor tarikan lain seperti makanan yang pelbagai dan murah selain mereka mengatakan kos melancong di sana jauh lebih murah. Ia tidak akan mengubah apa-apa,” katanya.

Eugene berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Thailand dijangka mengenakan cukai perjalanan 300 baht (RM39) tahun depan, bermula dengan penumpang pengangkutan udara.

The Bangkok Post memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sarawong Thienthong yang memaklumkan langkah itu akan dilaksanakan pada pertengahan 2025.

Fasa pertama akan mengambil masa enam bulan untuk berkuat kuasa, sebelum fasa kedua menyusul untuk perjalanan darat.


Sarawong berkata, sistem yang digunakan akan menyerupai Kebenaran Perjalanan Elektronik Korea Selatan, yang memerlukan pengembara mendaftar dan membuat pembayaran dalam talian sebelum memasuki Korea Selatan.

Thailand adalah tempat pelancongan kegemaran rakyat Malaysia dengan lebih daripada 100,000 menyeberangi sempadan sepanjang empat minggu lalu pada hujung minggu.


Eugene percaya pelaksanaan dasar baharu kerajaan Thailand itu tidak memberi kesan kepada pelancongan negara itu kerana pada ketika ini walaupun dengan kadar pertukaran wang semasa, sektor pelancongan Thailand lebih baik berbanding negara ini.


“Rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di sempadan negara akan tetap kunjungi Thailand. Tambahan pula cukai dikenakan itu tidak membebankan sekitar RM39 sahaja.

“Kutipan cukai tersebut juga bukan perkara baru, negara lain juga mempunyai cukai seumpama itu cuma dikenali dengan nama berbeza. Contohnya di Malaysia dikenali sebagai cukai pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu, Eugene mencadangkan agar kerajaan mengutip cukai pelancongan di pintu masuk negara seperti di lapangan terbang atau stesen kereta api.

“Buat masa ini, cukai tersebut dikutip atau dicaj di hotel. Kita tidak kutip di pintu masuk walaupun ramai pelancong datang tetapi mereka tidak bayar cukai pelancongan kerana tidak tinggal di hotel.

“Sesetengah pelancong memilih homestay atau tempat lain menyebabkan mereka tidak perlu bayar cukai pelancongan. Ini merupakan kerugian kepada kerajaan sedangkan ia boleh menambah pendapatan negara,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/692959/berita/nasional/cukai-perjalanan-rakyat-malaysia-tetap-kunjungi-thailand


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list