CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40776|Reply: 0

[Perlis] TVET penting penuhi keperluan pasaran kerja - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 27-10-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
TVET penting penuhi keperluan pasaran kerja - Raja Perlis

Oleh BERNAMA - Oktober 27, 2024 @ 4:56pm



Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. - NSTP/ Gambar fail




ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertitah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan amat penting bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dalam era yang pesat berkembang.

Baginda bertitah, TVET bukan sekadar melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal, malah ia juga memberikan penekanan kepada pembangunan kemahiran praktikal yang penting sekali gus menyumbang kepada produktiviti dan inovasi.

"Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) antara institusi TVET yang memberikan tumpuan kepada perkembangan kemahiran teknikal dan profesional yang menjadi landasan bagi kecemerlangan ekonomi negara.

"Kemahiran teori dan praktikal dimiliki graduan juga boleh terus digunakan dalam industri pekerjaan," titah baginda sempena Majlis Konvokesyen kali ke-16 PTSS di Dewan Harumanis PTSS di sini hari ini.

Titah ucapan Raja Perlis dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dengan turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr Mohd Zahari Ismail.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, TVET turut membuka peluang kerjaya kepada golongan muda yang mungkin tidak memilih laluan pendidikan akademik secara tradisional.

"Hal ini dapat memberikan lebih banyak peluang serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Tahniah diucapkan kepada pihak PTSS yang telah memainkan peranan besar dalam membekalkan graduan berkualiti ini.

"Graduan keluaran politeknik amnya dan PTSS khasnya ialah tulang belakang kepada kemajuan negara dalam pelbagai bidang teknikal. Sebagai graduan TVET, saudara saudari adalah individu yang amat berbeza dan berharga dalam dunia pekerjaan," titah baginda.

Raja Perlis bertitah dengan pengetahuan dan kemahiran diperoleh di PTSS, graduan bukan sahaja dilatih untuk menjadi pekerja yang mahir, malah menjadi pencipta, usahawan dan pemimpin dalam industri masing-masing.

"Ilmu telah dicurah, kemahiran telah diberidan kini menjadi tanggungjawab para graduan sekalian untuk membawa perubahan kepada negara.

"Saya juga menyeru kepada semua yang berada di dewan ini untuk sama-sama kita menyemarakkan budaya ilmu bagi memartabatkan institusi pendidikan, khususnya di negeri Perlis," titah baginda.

Majlis konvokesyen berlangsung tiga sidang itu bermula hari ini hingga Selasa, meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan TVET yang tamat pengajian bagi tahun lalu dan tahun ini.

Pada sidang pertama majlis konvokesyen itu, Raja Muda Perlis berkenan menyampaikan Anugerah Anumerta kepada waris Muhammad Zarif Aidy Mohamad Zahir graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang meninggal dunia pada 18 Mei lalu akibat nahas jalan raya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan Anugerah Diraja kepada graduan Diploma Pengurusan Pelancongan Lok Mee Wan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316608/tvet-penting-penuhi-keperluan-pasaran-kerja-raja-perlis











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047991 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list