CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42357|Reply: 0

[Kedah] Pempengaruh hanya pelan B - Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UUM

[Copy link]
Post time 10-11-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Pempengaruh hanya pelan B - Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UUM

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




SULTAN Sallehuddin mengurniakan Anugerah Pelajaran Diraja UUM kepada Emina Kulasic Bong Ei Min. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Sintok: Biarpun bergelar pempengaruh media sosial, anak yatim piatu dari Sarawak ini tetap mengutamakan pelajarannya sehingga berjaya menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen ke-37, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Graduan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Emina Kulasic Bong Ei Min, 24, berkata dia tidak pernah leka dengan dunia media sosial sebaliknya akan terus mengejar cita-cita sehingga berjaya memperoleh doktor falsafah (PhD).

Dia yang sudah mempunyai 59,200 pengikut di TikTok turut menegaskan media sosial tetap kekal sebagai pelan B dalam hidupnya dan menjadi bonus sekiranya pengikut terus bertambah selepas ini.

"Nasihat saya jangan jadikan pempengaruh sebagai matlamat dalam hidup. Saya sendiri tidak pernah menjadikannya sebagai kerjaya utama saya. Semua perlu ada pelan A dan pelan B.

"Pendidikan seharusnya menjadi agenda utama kerana dengan pendidikan kita boleh mencapai cita-cita selain memberi inspirasi kepada orang lain dan berkongsi ilmu," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerahnya pada Majlis Konvokesyen ke-37 UUM di sini, hari ini.

Emina yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah firma komunikasi digital berkata, hidup tanpa ibu bapa sejak kecil menjadikannya kuat menghadapi segala cabaran sepanjang pengajian di UUM.

Menurut anak kelahiran Sarikei ini, dia dijaga ibu saudara sejak berusia 11 tahun selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

"Semasa belajar di sini, saya hidup sendirian dan berdikari. Secara jujurnya, sebelum majlis (konvokesyen) bermula, saya ada menangis sedikit tadi bila tengok kawan-kawan ada mak ayah.

"Apa pun saya perlu terus kuat dan hari ini saya ada kawan-kawan yang naik pentas untuk terima ijazah dan anugerah," katanya yang pernah bergiat aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai Setiausaha Agung MPP UUM sebelum ini.

Seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Muhammad Shuib Rosli, 23, berkata pengurusan masa yang baik adalah kunci untuk berjaya dalam akademik.

"Saya juga aktif dalam ko kurikulum di universiti, dalam masa yang sama saya yang suka membaca, yang penting kita harus bijak membahagikan masa dalam kehidupan harian," katanya yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.94 dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.

Shuib yang berasal dari Kulim berkata dia kini bekerja sebagai penterjemah buku secara sambilan sementara menunggu tawaran kerja tetap dan merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Kedua-dua graduan ini menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.



Disiarkan pada: November 10, 2024 @ 4:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153503/pempengaruh-hanya-pelan-b-penerima-anugerah-pelajaran-diraja-uum




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.152508 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list