CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14162|Reply: 14

Shila Amzah tolak gelaran Datuk, takut anak-anak terbeban

[Copy link]
Post time 2-2-2025 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah sedar sukar menggalas nama baik ibu bapa yang mempunyai pengaruh serta dikenali ramai membuatkan dia menolak tawaran darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia mahu anak-anaknya hidup bebas dan tidak terbeban dengan pengaruhnya seperti apa pernah dilaluinya dahulu.



“Bayangkan betapa berat saya bawa nama bapa sebagai seorang artis dahulu, begitu juga anak-anak saya akan lalui nanti.

“Bila fikir perkara itu, saya tak mahu mereka hidup begitu. Saya nak mereka hidup bebas tanpa ada apa-apa tekanan,” katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Meet and Greet bersama bintang Gegar Vaganza di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

  


Berkongsi lanjut, kata Shila dia tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab gelaran Datuk.

Jelas penyanyi itu, kehidupan sederhana serta apa dimiliki ketika ini sudah lebih daripada mencukupi.

“Kalau saya terima tawaran tersebut, saya tak rasa saya mampu laluinya.

  


“Sebab bila dah pegang gelaran besar macam itu, banyak tanggungjawab yang perlu digalas.

“Cukuplah saya menjadi diri sendiri, apa yang saya ada sekarang sudah mencukupi,” jelasnya.

Sebelum ini menerusi program audio siar Ubai Sentral, Shila mendedahkan pernah menolak tawaran bergelar Datuk.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ubai pada 5 Ogos 2023 dan mereka memiliki seorang anak perempuan bersama iaitu Rhea Akira yang kini berusia lapan bulan.

  


Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais, 6 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk tuhan yg satu ni manjang call watawan nk suh up artikel.tp semedang tu la sendu sejuk beku. Acah2 suara trpaling sedap kt planet ni pdhal hampeh mcm gampang. Dh tu dlm setahun dia akn up ttg dia atleast 10 isu. Tp kesemua kelaut sejuk beku dh selamat ke lautan antarika. Xrasa fedup smpai nk dduk dlm kebun sawet kt felda pahang ke. Xda sorg pun rkyt mlysia yg rasa nk ambik tau hg punya hal lah beb. Sembelit ke cirit ke pitam nak mampos ke sukati la. Ayah hg ada. Mk hg ada. Adik2 hg ada. Better korang settle inside sbb outsider xrasa nk ambik tau. Xhong xhang xhong xhang x jugak rasa berminat nk cares about u.

Cuma 1 hal je bole diberi pehatian sikit. Anak nya autisme . Dan comel budaknya.

Xhila bila hg akn shutting down p mereput dlm ladang sawit dok dendiam???????
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 11:34 AM | Show all posts
tanggungjawab apa kalau dpt datuk? bersepah dah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 2-2-2025 11:34 AM
tanggungjawab apa kalau dpt datuk? bersepah dah...

Expections anak datuk kaya...Bapak dia ND lala kn dpt datuk tp kayap since shila yg sebenarnya money tree family...
better jd org biasa dr datuk..skrg datuk beli bersepah x berbaloi accept
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni iols jumpa depan2 last year, terkejut beruk i..sebijik mcm makcik2..dgn body,dgn pemakaiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg tawar  gelaran datuk tu? melaka ke? kalo sultan negeri bapak ko lamberttt laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2025 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 nak hencap gak.. Tapi bila bace apa yg she bgtau tu.. Betul la tindakan she tolak..she pernah hadap.. So ok lah.. Nextt
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah jaga branding

Nanti bila terima gelaran Datuk tu terus di Tok kan sampai kiamat oleh pengacara pokok pisang macam Bil Telinga

Ct tu dari sedap nama Siti Nurhaliza terus jadi Tokti, bila sebut2 40 kali terus betul jadi datin tong gas low class betul nama panggilan gitu

Kalau Shila ni terima panggilan TokLa, dah tepat lah dengan imej sheols sekarang, tapi okay jah sebab sheols pun baru dapat anak kan? Tunggulah anak tu 2-3 tahun nanti bawak2lah potong2 apa yang patut Shila weyhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
betul ke dapat tawaran datuk?? xila takda stylist ke? sbb hauk sgt laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la dia ni..despite controversies, pencapaian dan kebolehan dihargai orang, dan she made it. Then, kali ni pandai pilih suami. Harap suami dia kekal di hadapan menjadi pemimipin keluarga dgn penuh mission for future.
Klu dayangbila? Yemma? Binikamaladleee? Jenis2 centrose? Itu yg set2 tidak diingini. Negara mana pun xnak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah minat shila since dia budak2 sampai sekarang.. tapi aku ok je alasan dia utk tolak title datok tu.. walaupun dia lebih deserve drpd artis2 lain yg dpt title tu.. dgn pencapaian yg dia ada, bawa nama sendiri, & automatically bawa nama Malaysia jugak kat negara lain (china)..
takpe la shila.. buat yg terbaik utk diri & keluarga kecik kamu..
btw, tak salah pun kalau dia nak panggil reporter utk cerita psl dia.. dah dia retis, utk kekal relevan, kena la selalu ada cerita psl dia.. tp dalam hal ni, aku rasa sebab kebetulan la kot reporter terjumpa dia kat meet n greet GV, tu yg ada cerita ni kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 02:29 PM | Show all posts
aku rasa layak je dia ni dpt gelaran tu since da terang bederang lagi bersuluh yg dia memang ada pencapaian n mendonia kek china nunnnnnnn.... ingat senang ke nak tembus market sana, diterima & disukai Oleh nertizen kt sana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 02:48 PM | Show all posts
Tiap minggu ada berita pasal dia ye, haritu pasal trauma, ni lain pula.. Dia citer kat sape ni, kat bff dia ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde nilai pun retis berpangkat dato..

Umpama baling 1 batu kat dato..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 02:57 PM | Show all posts
berat sangat ke gelaran datok artis ni...tgok artis2 lain ok jer releks2...bukan keje ko jadi wakil rakyat pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.342228 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list