CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33714|Reply: 5

Tiket konsert Here I Am : Rossa Live in KL 'sold out' tiga jam

[Copy link]
Post time 12-11-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode





Tiket pra-jualan Konsert Here I Am : Rossa Live in KL oleh penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun tahun depan habis terjual dalam tempoh tiga jam.


Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam tempoh empat minit, sekali gus menbuktikan keampuhan pengaruh dan populariti penyanyi jelita itu.


Dikenali dengan vokal memukau dan irama balada yang penuh emosi, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, akan mendendangkan rangkaian untaian hits kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan memahat kenangan indah buat peminatnya.


Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan adalah Nada Nada Cinta, Pudar, Hey Ladies, selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut.


Mengulas penganjuran konsert beskala mega itu, Rossa menzahirkan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan peminatnya.


"Saya teruja kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.


"Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka selepas 25 tahun berkarya," ungkapnya.


Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, konsert itu juga sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya sejak suku lebih dua drkad lalu.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali turut menyatakan rasa terujanya berhubung kolaborasi yang terjalin itu.


"Kami di PRIHATIN amat berbesar hati untuk bersama menjayakan konsert ini sebagai satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia


melalui platform muzik.


"Seterusnya ia juga dapat membantu bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.


"Rossa adalah ikon seni yang disegani dan dihormati. Kamk yakin konsert ini akan memberikan pengalaman, memori terindah dan memperkukuh ikatan persaudaraan serantau," katanya.


Aizuddin menambah, Konsert Here I Am : Rossa Live in KL adalah susulan kepada tayangan filem dokumentari All Access to Rossa: 25 Shining Years yang menemui khalayak pada bulan lalu.


"Atas permintaan ramai, khususnya Pencinta Rossa di Malaysia, kami membawakan konsert ini untuk mereka yang setia menyokong Rossa selama ini," jelasnya.




SUMBER:  – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
eh takde org komen, takde peminat rossa ke kt sini???
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:16 AM | Show all posts
iolls suka dgr lagu2 galau datuk seri rossa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 13-11-2024 04:03 AM
eh takde org komen, takde peminat rossa ke kt sini???

Aku bukan peminat tapi nak mencapub komenlagu tegar2.0 dgn hati yg kau sakiti piano version ada dlm playlist aku.original version x berkenan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 13-11-2024 02:09 PM
Aku bukan peminat tapi nak mencapub komenlagu tegar2.0 dgn hati yg kau sakiti piano version ada  ...

nasib baik ada gak peminat tegar lagu, jadi ler kan.. sbb sendu sgt thread ni.. so sape jer nk pegi konsert rossa ni? Warga konoha kt malaysia yg beli kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 14-11-2024 12:13 PM
nasib baik ada gak peminat tegar lagu, jadi ler kan.. sbb sendu sgt thread ni.. so sape jer nk peg ...

Dah sold out tu ada la yg tau kewujudan konsert neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.098226 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list