CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24376|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Persekutuan diharap tidak 'pura-pura lupa' dengan ICQS Tebedu

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode


Simon semasa membahaskan Belanjawan 2025 pada Persidangan DUN, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Persekutuan diharap tidak akan mengalami 'dementia' atau 'pura-pura lupa' dengan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

Dr Simon Sinang Bada (GPS-Tebedu) berkata, Bandar Mutiara Tebedu bertuah kerana lokasinya strategik dengan mempunyai ICQS yang terkenal, iaitu pintu masuk utama orang ramai di sempadan negara dan Indonesia.

"Pada 2022, saya telah diberi taklimat oleh agensi berkaitan bahawa sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk membangunkan semula ICQS tersebut.
"Pada hari ini, kami tidak melihat sebarang tanda atau sebarang perubahan yang berlaku di dalam dan sekitar ICQS.

"Sarawak amnya dan Tebedu khususnya memerlukan sempadan yang selamat untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kita," katanya pada Persidangan DUN, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada persidangan DUN pada Isnin lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan RM1 bilion untuk menaik taraf sempadan Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan dan dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari 2023 dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Katanya Perdana Menteri semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 menyatakan telah memutuskan untuk memberi peruntukan tambahan untuk ICQS.

Ia untuk meningkatkan keselamatan dan meningkatkan keupayaan, serta untuk infrastruktur lain seperti jalan raya kerana tidak mahu dilihat usang.

"Saya berharap Kerajaan Persekutuan tidak akan mengalami keadaan 'dementia' atau 'pura-pura lupa'," tegasnya.

Sementara itu, beliau memohon kerajaan khususnya Jabatan Pertanian dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah untuk melaksanakan seberapa banyak program seperti latihan dan pembinaan kapasiti petani di konstituensi Tebedu.

"Memberi subsidi seperti baja dan racun rumpai serta racun serangga sahaja tidak mencukupi kepada golongan ini.

"Saya percaya lebih banyak perkhidmatan lanjutan diperlukan untuk melatih petani berkembang maju dengan baik dalam tanaman dan komoditi masing-masing," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.496443 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list