CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30637|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM galak rakyat berani lakukan perubahan, kuasai bahasa Inggeris dan Cina

[Copy link]
Post time 11-1-2025 05:02 PM | Show all posts |Read mode
PM galak rakyat berani lakukan perubahan, kuasai bahasa Inggeris dan Cina

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 11, 2025 @ 4:47pm [email protected]




Anwar bergambar kenangan ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD





BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan rakyat, khususnya belia, supaya berani melakukan perubahan dengan menguasai bahasa Inggeris dan Cina dalam usaha mengangkat martabat negara sebagai kawasan penting ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu akur dengan kepelbagaian bahasa yang ada, apatah lagi ia juga boleh membantu dalam urusan diperlukan.

"Saya bukan bersetuju semua dengan budaya Inggeris (Barat) tetapi saya tahu bahasa Inggeris itu penting.

"Pada peringkat antarabangsa, kalau saya tidak menguasai bahasa Inggeris, saya tidak boleh mengajar di universiti dan tidak boleh berbicara dengan senang serta bebas.


"Begitu juga bahasa Cina. Kita tahu China adalah ekonomi besar dunia yang Malaysia mempunyai hubungan baik dengannya.

"Kalau dulu ketika saya mengajar di sini (Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, Bukit Mertajam), bahasa Cina itu dianggap sebagai bahasa suku kaum Cina tetapi sekarang ia bukan lagi begitu kerana menguasai bahasa mereka akan memberi keuntungan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Anwar menjelaskan bahawa mempelajari bahasa lain tidak akan sekali-kali membuatkan rakyat melupakan bahasa ibunda yang menjadi identiti Malaysia.

"Negara ini ada Perlembagaannya, bahasanya serta Raja-rajanya tetapi kita harus menerima kepelbagaiannya dan bahasa-bahasa lain, apatah lagi bahasa yang boleh membantu kita.

"Jadi, saya ingin anak-anak kita juga menguasai bahasa lain (Inggeris dan Cina) untuk mengangkat martabat negara kita sebagai kawasan ekonomi yang penting," katanya.

Anwar berkata, memiliki kemahiran dan keterampilan dalam pelbagai bahasa turut dapat mengangkat nama negara ke persada dunia.

Justeru, beliau berkata, ibu bapa diharapkan dapat menyemai anak-anak mereka dengan kecekalan ilmu untuk menguasai bahasa dalam sebuah negara yang bersatu.

"Kalau anak-anak kita menguasai bahasa Cina dan Inggeris dengan baik, ia menggalakkan rakyat Malaysia sedia berubah. Tak hilang Melayu kita, tak hilang bahasa kita, tak hilang agama Islam," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347939/pm-galak-rakyat-berani-lakukan-perubahan-kuasai-bahasa-inggeris-dan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.196465 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list