CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4795|Reply: 0

[Kedah] 'Abang berdebar tunggu bedah siasat, mungkin jasad adik yang hilang dua bulan lalu'

[Copy link]
Post time 14-1-2025 01:21 PM | Show all posts |Read mode
'Abang berdebar tunggu bedah siasat, mungkin jasad adik yang hilang dua bulan lalu'

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 14, 2025 @ 12:59pm [email protected]




Ahmad Nazir Saad ketika hadir ke Jabatan Forensik HSB untuk membuat pengecaman mayat berkemungkinan adiknya yang hilang sejak November tahun lalu





ALOR SETAR: "Saya reda jika jasad yang ditemui semalam itu adalah adik saya, Siti Rohani Saad, walaupun sudah hampir dua bulan dia dilaporkan hilang.

"Apapun kami tunggu laporan lengkap bedah siasat serta maklumat daripada pihak polis," kata Ahmad Nazir Saad, 45.

Ahmad Nazir adalah abang ketujuh kepada Siti Rohani, 37, yang dilaporkan hilang sejak November lalu dan hanya motosikalnya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan, Langgar pada 8 November lalu.

Menurut Ahmad Nazir, ahli keluarganya menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 8 malam tadi berhubung penemuan satu jasad manusia petang semalam iaitu kira-kira 10 kilometer daripada lokasi adiknya hilang.


Katanya, pihak polis kemudian meminta ahli keluarga membuat pengecaman mayat itu di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

"Saya menetap di Yan dan sampai di sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk buat pengecaman mayat. Ketika dalam perjalanan ke sini tadi pun saya dah berdebar-debar.

"Kalau itu mayat adik saya, saya reda kerana sudah dua bulan dia hilang dan hanya jumpa motosikalnya sahaja sewaktu operasi pencariannya dilakukan pada November lalu," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, HSB di sini hari ini.

Ahmad Nazir berkata, sepanjang kehilangan Siti Rohani, mereka sudah melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan bacaan Yasin serta solat hajat supaya adiknya ditemui dalam apa cara sekali pun.

Katanya, sepanjang tempoh kehilangan adiknya itu, mereka sekeluarga runsing serta bimbang bagaimana keadaannya jika dia masih hidup.

Pada 8 November tahun lalu, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang, manakala motosikal Honda Wave miliknya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan.

Wanita itu dipercayai dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kedai makan di Alor Setar dengan menunggang motosikal sendirian.

Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar.

Bagaimanapun, operasi SAR itu ditangguhkan selepas tiga hari tiada sebarang petunjuk ditemui di lokasi pencarian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1349030/abang-berdebar-tunggu-bedah-siasat-mungkin-jasad-adik-yang-hilang-dua





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.187305 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list