CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9396|Reply: 0

[Sarawak] Tanah susur dikesan berlaku di Rumah Gelanggang

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode


Tanah susur berukuran kira-kira 100 kaki panjang dan 30 kaki lebar dikesan berlaku di belakang tiga buah bilik.

KANOWIT: Tanah susur berukuran kira-kira 100 kaki panjang dan 30 kaki lebar dikesan berlaku di belakang bilik nombor 3, 4 dan 5 Rumah Gelanggang, Sungai Maong Machan, di sini dengan jarak hanya 30 kaki dari bangunan utama.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.27 pagi.

Katanya, jentera tiba pada jam 10.50 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 22 kilometer.


Anggota bomba telah memasang sawar-sawar di kawasan kejadian sebagai tanda amaran kepada penduduk rumah panjang.

"Sebagai langkah keselamatan, anggota bomba telah memasang sawar-sawar di kawasan kejadian sebagai tanda amaran kepada penduduk rumah panjang.

"Tiada pemindahan dilakukan kerana keadaan masih terkawal, namun penghuni dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku pergerakan tanah susulan," ujar kenyataan itu.

Operasi pemantauan ditamatkan pada jam 12.39 tengah hari selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat sebelum berangkat pulang ke balai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list