CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27404|Reply: 0

[Johor] Ahli sindiket along sasar pekerja Malaysia di Singapura dituduh hari ini

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along yang aktif melakukan ugutan jenayah dengan menyimbah cat di rumah mangsa yang gagal membuat pembayaran berjaya ditahan pada 27 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lelaki warga tempatan berusia 30 tahun yang ditahan di daerah Kluang itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.


“Modus operandi sindiket pinjaman wang tanpa lesen adalah melalui pengiklanan tawaran pinjaman wang dalam Facebook dan TikTok untuk memperdaya peminjam.

“Wang akan dimasukkan dalam akaun pemilik peminjam oleh sindiket setelah diberikan butiran nombor akaun, permit kerja serta alamat tempat tinggal walaupun terma perjanjian pinjaman belum dipersetujui,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Kumar, sindiket akan memaksa peminjam untuk membuat pembayaran dengan menggunakan kadar faedah yang tinggi antara 20 hingga 50 peratus daripada jumlah pinjaman.

“Sekiranya gagal atau enggan membayar katanya, ahli sindiket akan bergerak untuk membuat ugutan dan seterusnya melakukan perbuatan khianat simbah cat bertujuan menakutkan peminjam serta ahli keluarga.

“Sindiket menjadikan warga tempatan yang bekerja di Singapura sebagai sasaran dan segala urusan transaksi kemasukan serta pembayaran balik pinjaman adalah menggunakan akaun bank yang didaftarkan di Singapura.

“Dengan penangkapan ini pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes dengan modus operandi yang sama iaitu melibatkan masing-masing dua kes di Segamat, Johor Bahru Utara dan Kluang manakala masing-masing satu kes di Batu Pahat dan Seri Alam,” ujarnya.

Beliau memberitahu kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.606365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list