CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27610|Reply: 9

[Tempatan] Sendiri tak betul, salahkan orang lain - TMJ

[Copy link]
Post time 12-2-2025 10:31 PM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail membidas pandangan segelintir pihak yang mendesak skuad Harimau Selatan supaya keluar daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas terlalu mendominasi kancah bola sepak tempatan.

Malah, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor itu menyifatkan, pasukan lain tidak seharusnya menyalahkan JDT yang sentiasa berada di depan dan mencipta pelbagai kejayaan dalam kancah domestik selain mencetus impak pada saingan benua seperti Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Justeru, Tunku Mahkota Ismail menegaskan setiap pasukan seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk memajukan pasukan masing-masing dan mengurus tadbir pasukan dengan lebih berkesan.

"Kitalah satu-satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking. Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan kutuk liga sendiri pasal tak puas hati.

"Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk. Anda urus dana anda sendiri, perancangan pasukan, pembangunan, dan infra tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain.

"Mentaliti lemah dan tak bertanggungjawab," kata Tunku Mahkota Ismail menerusi kemas kini di InstaStory.

Terdahulu, skuad bimbingan Hector Bidoglio meraih tiga mata penting dalam saingan ACLE apabila menewaskan kelab Liga Australia, Central Coast Mariners 2-1 di Central Coast Stadium, semalam.

Kemenangan itu membolehkan JDT berada di tangga kelima bagi kedudukan Zon Timur dengan 11 mata sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan lagi.

Sebagai rekod, hanya lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Aksi terakhir ACLE buat JDT akan menyaksikan mereka berdepan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers di laman sendiri pada 18 Februari nanti.

Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:35 PM | Show all posts
Apa lgi anak raja seko ni, tak habis2 statement bebas sesedap hati cari gaduh dgn org sana sini. Masalahnya org takleh kutuk dia nanti kena angkut phuii. Tp dulu sanusi tu buat degil jugakkan balas balik tak kena apa pulak. yg kelakar nazri aziz dgn kj sampai kena pegi jumpa tunduk cium tanganlah akhirnya kohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:36 PM | Show all posts
Dah kurus acah2 paling hensemmm phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen, tapi taknak raya dkt tilam batu.
So meols senyum jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar terbaru ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 08:15 AM | Show all posts
ape lagi oo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 08:33 AM | Show all posts
buat la apa TMJ nak buat...duit dia ...bukan guna duit rakyat pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:03 AM | Show all posts
salah satu kenapa penonton semakin berkurangan kehadiran di stadium disebabkan dah boleh agak siapa juara liga, siapa juara PM, etc. so, buat apa peminat hadir dan buang duit klu tiap2 tahun setiap pasukan hanya kejar menjadi naib juara....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051382 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list