CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24877|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bergaduh kerana nahas, 10 lelaki di tahan

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:11 PM | Show all posts |Read mode


JEMPOL: Kemalangan di Taman ACBE, Bahau di sini jam 10 malam tadi menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sebelum 10 lelaki ditahan di lokasi nahas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 43 tahun ditahan jam 11 malam hingga 3 pagi di tempat kejadian dan sekitar Bahau.

Katanya, polis yang menerima laporan mengenai kemalangan itu ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa lelaki sedang bertengkar

"Pertengkaran yang mencetuskan pergaduhan itu membabitkan dua kumpulan sehingga menyebabkan tiga mangsa diserang menggunakan topi keledar.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jempol bagi menerima rawatan dan keadaan dilaporkan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu tular di media sosial pergaduhan beberapa orang lelaki termasuk ada yang dipukul dalam kejadian yang didakwa berlaku di Bahau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.150093 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list