|
AMERIKA Syarikat (AS) berharap setiap negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) terus memberi keutamaan kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam setiap agenda ekonomi dirancang kerajaan masing-masing.\rSetiausaha Perdagangannya, Gary Locke, berkata tumpuan juga harus diberikan kepada pertumbuhan hijau iaitu sektor menjanjikan peluang ekonomi hebat pada masa depan.\r\n\n\n\n\r “PKS masih berdepan rintangan di Asia Pasifik seperti kos pengangkutan tinggi, kelewatan kelulusan kastam, kesukaran melindungi hak cipta dan kadar tarif berbeza-beza.\r\r\n\n\n\n\n “Rintangan lain kekurangan akses kepada sumber kewangan dan maklumat,” katanya berucap pada forum meningkatkan daya saing melalui pertumbuhan hijau yang dianjurkan Kumpulan Kerja PKS APEC pada Rabu.\rMengenai pertumbuhan hijau, katanya, sumber tenaga boleh diperbaharui seperti angin, solar dan minyak berasaskan bio antara komponen penting bagi menyokong pertumbuhannya.\r“Potensi perniagaan dan peluang kerja baru dalam aspek ini amat memberangsangkan,” katanya sambil memberi contoh pembinaan bangunan hijau yang semakin mendapat perhatian sekarang.\rPada majlis berasingan, APEC dan Bank Dunia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama dalam aspek keselamatan makanan di Asia Pasifik.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|