CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Saham Asia ditutup bercampur-campur

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga bimbang kedudukan syarikat utiliti JepunSAHAM Asia ditutup bercampur-campur semalam dengan Tokyo menerima kesan daripada jualan lewat apabila peniaga semakin bimbang terhadap kedudukan syarikat utiliti negara itu dan keadaan ekonominya.\rPasaran serantau dimulakan tinggi selepas rali di Wall Street menyediakan sokongan kepada sentimen pelabur di sebalik sekumpulan perangkaan yang membimbangkan dari Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\r  Indeks Nikkei ditutup 0.14 peratus, atau 13.74 mata lebih rendah pada 9.607.08 selepas menghabiskan kebanyakan hari di kawasan positif di sebalik kedudukan yen yang semakin lemah.\r\r\n\n\n\n\n  Di tempat lain, Seoul menokok 9.72 peratus, atau 15.99 mata kepada 2,111.50.\rPeniaga menuju kepada mod jualan berikutan kebimbangan ke atas firma utiliti dan keadaan ekonomi selepas perangkaan yang menunjukkan Jepun terjerumus ke dalam kemelesetan teknikal kerana kesan gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.\rMereka juga melihat ke depan apabila Tokyo Electric Power (TEPCO), firma yang memiliki loji Fukushima Daiichi di pusat kejadian nuklear terburuk Jepun, sedia untuk mengeluarkan laporan pendapatan tahunannya.\rPasaran menjangkakan TEPCO, yang juga syarikat utiliti terbesar negara itu akan melaporkan kerugian melebihi AS$12 bilion kerana krisis atom yang disebabkan oleh bencana berkenaan.\r\n\n\n\n\rSelepas pasaran ditutup, firma itu berkata ia melaporkan kerugian AS$15 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac, prestasi terburuk bagi firma bukan kewangan Jepun, sekali gus menyebabkan presidennya meletak jawatan.\rTEPCO ditutup 2.51 peratus lebih tinggi sebelum pengumuman itu.\rFirma utiliti Jepun berada di bawah tekanan berikutan kebimbangan bahawa mereka berdepan masa depan sukar dengan negara itu menghadapi masalah kekurangan kuasa secara meluas.\rBerita bahawa Bank of Japan mengekalkan kadar faedah antara sifar hingga 0.1 peratus memberikan kesan minimum ke atas Nikkei.\rIndeks Nikkei diberikan sedikit sokongan daripada nilai yen yang lebih lemah selepas perangkaan kelmarin menunjukkan ekonomi Jepun menguncup 3.7 peratus daripada tahun lalu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.\rPeniaga juga dirangsang oleh petunjuk baik dari Wall Steer apabila pasarannya dapat mengatasi angka ekonomi yang lemah selepas kemunculan sulung firma rangkaian sosial LinkedIn, yang melonjak hampor 110 peratus.\rIndeks Dow menokok 0.36 peratus, S&P menambah 0.22 peratus dan indeks berasaskan teknologi Nasdaq meningkat 0.30 peratus.\rKenaikan itu adalah di sebalik perangkaan AS yang menunjukkan jualan rumah sedia ada merosot pada bulan lalu, manakala terdapat penurunan ketara pada indeks pengeluaran Rizab Persekutuan di rantau Philadelphia.\rIndeks petunjuk ekonomi utama Lembaga Persidangan juga menurun buat kali pertama sejak Jun 2010.\rPenurunan kecil dalam angka pengangguran mingguan memberikan sedikit berita baik.\rDolar meningkat kepada 81.78 yen dalam dagangan Tokyo berbanding 81.60 yen di New York manakala euro menokok kepada 117.02 yen daripada 116.82.\rMata wang tunggal euro itu meningkat berikutan jangkaan Bank Pusat Eropah akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi, walaupun kebimbangan berterusan ke atas masalah hutang Greece menghalang sokongan seterusnya.\rMinyak meningkat dalam dagangan tengah hari, dengan kontrak utama New York bagi penghantaran Julai minyak ‘light sweet’ menokok 30 sen kepada AS$99.23 setong, manakala minyak Brent North Sea bagi Julai meningkat 14 sen kepada AS$111.56. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.388295 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list