CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

EKUINAS labur bulan depan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
EKUITI Nasional Bhd (EKUINAS) akan memulakan pelaburannya bagi tahun ini bulan depan atau selewat-lewatnya Julai dengan tumpuan kepada dua sektor iaitu peruncitan dan penjagaan kesihatan.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata EKUINAS dijangka melabur sehingga RM600 juta untuk membeli kepentingan dalam empat hingga lima syarikat tahun ini.\r\n\n\n\n\r  Beliau menjelaskan, dalam sektor peruncitan, EKUINAS merancang melaksanakan penggabungan di kalangan peruncit Bumiputera tempatan untuk memberikan nilai lebih tinggi kepada pelaburannya.\r\r\n\n\n\n\n  “Seperti diketahui, operasi peruncit Bumiputera bersaiz kecil dan sederhana. Mungkin ada berskala besar tetapi mereka biasanya tidak berminat untuk menjual kepentingan masing-masing, justeru mungkin kita akan laksanakan penggabungan,” katanya sambil menambah EKUINAS juga sedang meninjau melabur dalam syarikat bergiat menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan.\rDalam satu temu bual dengan Berita Harian di Petaling Jaya, Abdul Rahman berkata, selain meninjau pelaburan baru, EKUINAS akan menumpukan kepada usaha meningkatkan nilai empat syarikat dilaburnya tahun lalu bagi mencapai sasaran pulangan kewangan 12 peratus dan sasaran aspirasi 20 peratus tahun ini.\rAntara lain, katanya, syarikat pengurusan ekuiti kerajaan itu kini  meninjau prospek mengembangkan operasi empat syarikat terbabit, termasuk meneroka pasaran baru di luar negara.\rTahun lalu, EKUINAS yang ditubuhkan pada September 2009 membuat empat pelaburan dalam pengeluar barangan pengguna, Alliance Cosmetic Group (ACG); firma minyak dan gas, Tanjung Offshore Bhd; syarikat penyedia perkhidmatan, Konsortium Logistik Bhd; dan kumpulan pendidikan, APIIT/UCTI.\r\n\n\n\n\rPelaburan secara langsung oleh EKUINAS itu keseluruhannya bernilai RM602.4 juta, dengan RM482.7 juta dari EKUINAS sendiri dan bakinya oleh pelabur bersama, Navis Capital Partners.\rAbdul Rahman berkata, adalah menjadi komitmen utama pihaknya setiap tahun untuk menunjukkan nilai sebenar pelaburan yang dibuat syarikat itu kepada semua pemegang kepentingan.\r“Dalam semua perniagaan ada turun naik, justeru sebagai pengurus ekuiti kerajaan mempunyai tanggungjawab melaksanakan pelaburan secara berdisiplin,” tegasnya.\rBerikutan itu, beliau berkata, EKUINAS akan berusaha memastikan operasi setiap syarikat dilaburnya menunjukkan peningkatan prestasi, terutama pada peringkat domestik.\r“Kami akan sentiasa meninjau peluang di pasaran luar negara. Sudah pasti sebelum itu syarikat berkenaan perlu mengukuhkan kedudukan peringkat domestik,” katanya.\rSebagai contoh, Abdul Rahman berkata, syarikat pertama yang dilaburnya iaitu ACG sudah bersedia meneroka pasaran Indonesia bagi produk kosmetik keluarannya, iaitu jenama Silkygirl.\r“Jenama Silkygirl kini  pada kedudukan kedua di Malaysia dan Singapura. Kita tahu Indonesia adalah pasaran sangat besar dan ia perlu diambil peluang sepenuhnya,” katanya.\rTahun lalu, pendapatan ACG meningkat 10.3 peratus berikutan jualan bertambah baik, terutama di Singapura serta didorong pertumbuhan jualan asas yang mantap.\rBagi Tanjung Offshore pula, beliau berkata, syarikat itu berpotensi untuk bangkit semula daripada persekitaran ekonomi lembap dua tahun lalu dengan mengambil kesempatan dalam sektor minyak dan gas yang kini semakin rancak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.045069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list