CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

NadiBiz: Tinggal kerjaya korporat kendali medan selera

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DARI arena korporat, Ahmad Farid Yahaya mengambil keputusan memulakan perniagaan sendiri dengan menceburi perniagaan makanan dan minuman.\rBagi sesetengah pihak, keputusan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dalam sebuah syarikat perladangan senaraian awam, mungkin dianggap merugikan terutama beliau sudah mampu berada pada kedudukan tinggi itu pada usia muda.\r\n\n\n\n\r  Bukan tidak menghargai kerjaya korporatnya tetapi mungkin disebabkan beliau membesar dalam dunia perniagaan membuatkan hatinya berkobar-kobar mahu mengendalikan perniagaan sendiri.\r\r\n\n\n\n\n  Selepas menamatkan perkhidmatan hampir lima tahun dengan TDM Bhd, beliau melihat peluang pertamanya dalam bidang perniagaan makanan dan minuman dengan mengendalikan medan selera di kompleks beli-belah The Weld, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 disusuli restoran Chawan di lokasi sama.\rMenamakan medan seleranya Chow Food Gallery, Ahmad Farid bersama rakan kongsinya, Afzal Abdul Rahim yang juga abang iparnya, memulakan perniagaan itu walaupun mulanya sedikit gentar dengan risiko bakal ditempuhi.\r“Bagi saya, ada tiga industri yang tidak mungkin menjadi pilihan yang salah bagi menjalankan perniagaan walau dalam apa juga keadaan ekonomi.\r“Pertama ialah bidang makanan dan minuman dan keduanya pendidikan dan penjagaan kesihatan yang mungkin tidak terjejas teruk sekiranya berlaku ketidaktentuan ekonomi kerana ia sentiasa diperlukan.\r\n\n\n\n\r“Faktor itulah antara sebab utama saya memilih bidang makanan dan minuman sebagai teras perniagaan saya,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rBeliau kini adalah Pengarah Urusan, Chow Foods yang kini mengendalikan dua cawangan Chow Food Gallery iaitu di The Weld dan Capital Square, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur yang mula beroperasi sejak Mei 2010.\rSelain itu, beliau juga adalah pemilik kepada dua cawangan restoran Chawan beroperasi di The Weld dan Bangsar, dan kini dalam perancangan membuka dua lagi cawangan di Chitta, Ara Damansara dan Solaris Utama, sebelum akhir tahun ini.\rAhmad Farid berkata, menjalankan perniagaan medan selera memerlukan modal besar, tetapi pulangannya adalah lebih rendah berbanding restoran.\r“Perniagaan medan selera ini memerlukan modal sekurang-kurangnya RM2 juta termasuk bagi kerja pengubahsuaian dan reka bentuk.\r“Mujur ketika itu, kami mendapat bantuan pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) selain dana dalaman.\r“Mengendalikan medan selera juga mencabar selain tidak ramai Bumiputera diberi peluang berbuat demikian. Justeru, saya anggap ia satu cabaran yang perlu disahut,” katanya sambil memberitahu pemilihan lokasi strategik dan trafik pengunjung yang baik adalah penting dalam bidang makanan dan minuman.\rDalam tempoh enam tahun menjalankan perniagaan Chow Food Gallery dan Chawan, Ahmad Farid kini mempunyai lebih 80 kakitangan dan menjangkakan pertambahan bilangannya dengan pembukaan cawangan baru.\r“Bagi konsep medan selera, kakitangan kami juga akan membantu pelanggan untuk mendapatkan tempat duduk terutama pada waktu puncak. Ia antara perkhidmatan tambahan yang kami tawarkan,” katanya dan memaklumkan pendapatan bagi kedua-dua syarikat itu meningkat lebih 100 peratus sejak enam tahun lalu.\rMengenai langkah syarikat berdepan dengan kenaikan harga barang, beliau berkata: “Dalam perniagaan makanan dan minuman, apa yang penting ialah kita tahu pasaran kita.\r“Tidak salah untuk menaikkan harga makanan kerana kenaikan harga bahan mentah, tetapi kita perlu memastikan kualiti makanan sentiasa dipelihara kerana pelanggan kini tidak kisah membayar lebih asalkan makanan dijual sedap dan bermutu,” katanya.\rMengenai perancangan masa depan, Ahmad Farid berkata, pihaknya merancang memperkenalkan skim francais kepada usahawan berminat dalam usaha mengembangkan rangkaian Chow Food Gallery dan Chawan ke seluruh negara.\r“Dalam tempoh dua tahun ini, kami menyasarkan membuka sehingga lima cawangan Chow Food Gallery dan lima cawangan Chawan di sekitar Lembah Klang.\r“Selepas itu kami akan membangunkan sistem francais bagi menyokong operasi cawangan kami,” katanya.\rAhmad Farid yang berkelulusan Sarjana Muda Perundangan, Staffordshire University, United Kingdom memulakan kerjayanya korpo-ratnya sebagai Eksekutif Perundangan dan Tugas Khas dengan Suasa Efektif (M) Sdn Bhd pada Februari 2000.\rBeliau kemudian menyertai TDM Bhd antara Mei 2000 hingga Ogos 2004 bagi pelbagai kapasiti dan jawatan terakhirnya ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Setiausaha syarikat sebelum melangkah ke dunia perniagaan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 8832 Replies : 23
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 11619 Replies : 198
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 209929 Replies : 5053
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14610 Replies : 56
Fakta ke Auta ni?
SurfnsunFakta ke Auta ni?
Views : 7217 Replies : 44
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 96016 Replies : 324
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 47407 Replies : 201
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41904 Replies : 260
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7809 Replies : 64
Soalan KBAT agaknya
PerawankotaSoalan KBAT agaknya
Views : 4798 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.332555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list