|
Pilihan raya umum dijangka pacu pertumbuhanEKONOMI Thailand berkembang pada kadar 2.5 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tiga bulan sebelum berikutan aktiviti eksport yang semakin kukuh serta peningkatan perbelanjaan pengguna, demikian menurut data yang dikeluarkan semalam.\rPerkara itu, sekali gus mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah pada Jun bagi mengawal inflasi. \r\n\n\n\n\r Ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu berupaya mencatatkan peningkatan berbanding pertumbuhan 1.3 peratus pada suku terakhir tahun lalu selepas mengalami penguncupan dalam dua suku berturut-turut ekoran ketegangan politik yang berlaku di negara itu.\r\r\n\n\n\n\n Pengembangan 2.5 peratus itu, yang diubahsuai dengan faktor musim, adalah selaras dengan tinjauan pendapatan ke atas 13 penganalisis ekonomi.\rBerbanding tahun tempoh sama tahun sebelumnya, pertumbuhan ekonomi Thailand adalah tiga peratus, lebih tinggi melepasi jangkaan penganalisis iaitu 2.5 peratus.\rNegara lain di Asia Tenggara turut mencatatkan pertumbuhan yang kukuh bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dengan Indonesia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus manakala Malaysia pula sebanyak 4.6 peratus.\rBagaimanapun, ketika ekonomi Asia melantun semula daripada krisis global, tekanan harga yang masih tinggi menyebabkan bank pusat masing-masing terdorong untuk mengetatkan dasar, justeru, berpotensi memperlahankan pertumbuhan.\r\n\n\n\n\rIndonesia, Filipina, Malaysia, Korea Selatan dan India turut menaikkan kadar harga masing-masing. \rBank pusat Thailand, antara bank pusat yang paling berwaspada, dijangka akan menaikkan penanda aras kadar faedah antara bank dalam mesyuaratnya pada 1 Jun ini selepas enam kali menaikkannya sejak Julai tahun lalu bagi membendung inflasi.\r“Pertumbuhan yang dianggap baik itu memberi keselesaan kepada bank pusat untuk terus menaikkan kadar ke paras wajar iaitu dengan jangkaan kenaikan 0.25 peratus pada 1 Jun ini sudah hampir pasti,” kata Ahli Ekonomi HSBC Singapura, Wellian Wiranto. \rLembaga Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan Thailand yang bertanggungjawab mengumpulkan data berkaitan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara itu mengekalkan jangkaannya ekonomi Thailand berkembang di antara 3.5 peratus hingga 4.5 peratus tahun ini sejajar dengan jangkaan 4.1 peratus yang dibuat bank pusatnya serta 4.4 peratus oleh penganalisis ekonomi.\rIa juga mengunjur kadar dasar Bank Thailand akan meningkat kepada 3.5 peratus menjelang hujung tahun ini, berbanding 2.75 peratus sekarang dan melebihi jangkaan tinjauan pendapat oleh Reuters pada April lalu iaitu 3.25 peratus.\rAgensi itu berkata, eksport dijangka berkembang pada kadar 17 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding 12.5 peratus yang diunjurkan pada Februari.\rAhli ekonomi turut menjangkakan berlaku kelemahan ekonomi pada suku kedua ekoran bencana alam yang berlaku di Jepun namun begitu perbelanjaan kempen politik menjelang pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai ini, dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.\rKetidaktentuan persekitaran politik selepas pilihan raya serta unjuran ekonomi selanjutnya dan kedudukan inflasi kekal membimbangkan, kata mereka.\r“Sebaik saja pilihan raya selesai, masih terdapat kebimbangan mengenai situasi politik pada separuh kedua tahun ini,” kata Penganalisis Ekonomi Kasikorn Research Center, Pimonwan Mahujchariyawong.\r“Kami turut menjangkakan faktor negatif termasuk kenaikan tekanan inflasi dan kemerosotan ekonomi global boleh menjejaskan sektor eksport,” katanya. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|