|
PASARAN saham Asia mencatatkan kemerosotan semalam berikutan kebimbangan terhadap penurunan penarafan kredit Greece dan kemampuan zon Euro untuk pulih semula daripada krisis kewangannya.\rSentimen pasaran turut terjejas ekoran data awal menunjukkan pertumbuhan ekonomi China semakin perlahan, dengan Indeks HSBC Purchasing Manager (Indeks HSBC PM) bagi bulan Mei berada pada paras terendah dalam tempoh 10 bulan.\r\n\n\n\n\r Fitch pada Jumaat lalu menurunkan penarafan Greece tiga takuk kepada B+, dengan alasan negara itu berdepan masalah meraih dana awam secara tersusun, sekali gus menjejaskan prestasi Euro.\r\r\n\n\n\n\n Syarikat itu berkata, pemberian penarafan terbaru itu ekoran penambahan cabaran dihadapi Greece dalam melaksanakan reformasi membabitkan struktur dan fiskal diperlukan untuk meraih dana kemampuan bayar dari dalam negara, serta cabaran mewujudkan asas pemulihan ekonomi yang terjamin.\rBerikutan itu, pasaran saham Tokyo merosot 1.52 peratus, atau 146.45 mata, kepada 9,460.03 dan Sydney jatuh 1.88 peratus, atau 89.2 mata, kepada 4,643 sementara Seoul mengakhiri dagangannya pada 2.64 peratus, 55.79 mata lebih rendah kepada 2,055.71.\rHong Kong menjunam 2.11 peratus, atau 488.37 mata, kepada 22,711.02 dan Shanghai merekodkan 2.93 peratus, atau 83.89 mata lebih rendah kepada 2,774.57.\rAntara saham merekodkan kemerosotan paling teruk di Pasaran Saham Tokyo adalah firma utiliti Tokyo Electric Power (TEPCO), jatuh 8.99 peratus selepas ia mengumumkan kerugian terbesar dalam sejarah syarikat bukan kewangan di Jepun.\r\n\n\n\n\rTEPCO berkata, ia mencatatkan rekod kerugian AS$15 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu dengan menyaksikan presidennya meletak jawatan untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk syarikatnya ekoran krisis nuklear yang paling buruk sejak krisis Chernobyl pada 25 tahun lalu.\rPrestasi saham syarikat utiliti itu turut merosot kepada 334 yen, jatuh hampir 85 peratus sejak hari gempa bumi dan tsunami 11 Mac merosakkan sistem penyejukan loji nuklear Fukushima Daiichi, sekali gus menyebabkan kebocoran reaktor. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|