CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Keuntungan bersih PCG meningkat 12 peratus

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) meraih keuntungan bersih RM3.5 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat 12 peratus daripada RM2.6 bilion yang dicatatnya dalam tempoh sama tahun lalu.\rIa diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM14.59 bilion, meningkat 20 peratus daripada RM12.20 bilion.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah keputusan tahun kewangan pertama anak syarikat PETRONAS itu selepas disenaraikan di Bursa Malaysia pada Disember tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi tempoh suku keempat tahun kewangan dikaji, syarikat petrokimia terbesar di Asia Pasifik dan keempat terbesar di dunia itu mencatatkan keuntungan bersih RM1.16 bilion yang diraihnya daripada pendapatan RM4.35 bilion.\rBerikutan itu, pendapatan sesahamnya meningkat kepada 40 sen sesaham berbanding 30 sen seunit sebelum ini.\rJusteru, Lembaga Pengarahnya mencadangkan bayaran dividen akhir kasar   19 sen sesaham tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan nanti.\rMengulas mengenai prestasi kewangan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PCG, Dr Abd Hapiz Abdullah berkata, ia dicapai hasil peningkatan jumlah jualan serta harga lebih tinggi, sumbangan daripada pengambilalihan yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lalu.\r\n\n\n\n\rKatanya, keuntungan itu turut disokong prestasi kewangan yang kukuh daripada BASF PETRONAS Chemicals, yang menjadi penjana utama keuntungan yang diperoleh daripada syarikat sekutu dan entiti yang dikuasai secara bersama   kumpulan.\r“Dalam tempoh suku yang baru berakhir, industri petrokimia secara keseluruhannya memperoleh manfaat daripada harga produk yang tinggi dan ditambah dengan lengkapnya aktiviti penyelenggaraan terhadap kemudahan utama kumpulan baru-baru, kami berada dalam landasan kukuh bagi memenuhi peningkatan permintaan di rantau ini,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047334 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list