CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Si jelita kendalikan isu wanita

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Elaine, Daphne, Deborah berkongsi rasa dan pengalaman menerusi BellaPESONA dimiliki tiga wanita jelita ini dalam mengendalikan program bual bicara kewanitaan yang bersiaran di ntv7, Bella, sejak hampir lima bulan lalu, menjadi nadi kekuatan program itu.\rMereka tidak bersandarkan kejelitaan semata-mata. Tidak keterlaluan jika dikatakan Bella adalah program wanita jelita kerana ketiga-tiga pengacaranya Daphne Iking, Deborah Henry dan Elaine Daly masing-masing pernah menyarung mahkota dalam pertandingan kecantikan.\r\n\n\n\n\rElaine Daly pernah mendapat gelaran Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe 2003. Wanita berdarah campuran India - Ireland, Deborah pula pernah menerima mahkota Miss World Malaysia 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011. Manakala Daphne pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Unduk Ngadau Sabah pada 2003.\r\r\n\n\n\n\nBiarpun memiliki kecantikan semula jadi, mereka tetap memastikan ilmu yang dimiliki seimbang dengan kecantikan yang dianugerahkan. Lima bulan mengendalikan Bella, Daphne, Elaine dan Deborah kian selesa dengan kedudukan mereka sekarang.\rElaine tidak sempat berehat\rSATU demi satu tawaran diterima. Tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 itu juga sering ke Singapura memenuhi tawaran lakonan di sana sehingga dia tidak mempunyai cukup waktu untuk berehat.\rNamun ketika ditemui di butik Bulgari, pusat membeli belah Pavillion, wanita berusia 34 ini berkata, dia tidak boleh merungut sebaliknya bersyukur rezekinya tahun ini sangat murah. Bagaimanapun dia perlu menyusun jadualnya dengan lebih teratur lebih-lebih lagi dia mempunyai tanggungjawab kepada program Bella.\r\n\n\n\nWalaupun rindu mengacarakan The Breakfast Show yang pernah dikendalikan selama setahun setengah, namun pada waktu sama lega kerana tidak perlu bangun awal pagi untuk bergegas ke studio.\r“Sejak mengendalikan Bella, saya rasa jadual lebih teratur, tidak perlu lagi keluar awal pagi seperti dulu. Bella dekat dengan jiwa saya kerana ia menyentuh mengenai gaya hidup. Pada waktu sama, seronok dapat bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat. Apatah lagi saya pula memang sukakan sebuah program bual bicara yang disiarkan secara langsung, bagi saya program ini amat mencabar,” katanya.\rSelain mengacara, Elaine turut sibuk sebagai pelakon. Antara kedua bidang itu, dia meminati lakonan. Wanita ini ternyata beruntung kerana mendapat tawaran menjayakan drama Melayu dan Inggeris kerana kebolehannya bertutur dengan lancar kedua-dua bahasa itu.\r“Di sini saya banyak menerima tawaran berlakon dalam drama Melayu, tapi jika saya ingin berlakon drama bahasa Inggeris, saya ke Singapura. Lagipun saya banyak menerima tawaran daripada Media Corp. \r“Tahun ini cukup memenatkan apabila terpaksa berulang alik ke Singapura. Bagaimanapun, saya seronok kerana itu tandanya kehadiran saya dalam industri masih diperlukan,” tuturnya.\rBersiap sedia ke Miss Universe 2011\rDUNIA pengacaraan adalah bidang baru buat wanita berusia 26 tahun ini. Dia melangkah ke dunia pengacaraan dengan mengacarakan majlis tertutup. Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam dunia ini, Deborah mengambil peluang yang ditawarkan stesen ntv7 untuk mengacarakan Bella sebagai cabaran buatnya.\rWalaupun gementar ketika kali pertama muncul secara langsung di kaca televisyen, Deborah kini semakin yakin selepas hampir lima bulan mengendalikan program berkenaan. Malah dia juga semakin seronok dengan bidang yang baru diceburi.\r“Pada mulanya memang kekok dan takut. Tapi komen positif dari teman dan keluarga memberi keyakinan kepada saya. Apa yang menariknya saya berpeluang berjumpa dengan ramai orang dan berbincang pelbagai topik berkaitan dunia kewanitaan. \r“Bella juga amat sesuai dengan jiwa saya kerana saya sukakan fesyen, bag, aksesori dan apa saja berkaitan wanita,” katanya yang akan ke berangkat Sao Paola, Brazil pada awal Ogos sebagai persediaan untuk bertarung di pertandingan Miss Universe 2011.\rDeborah akan berada di sana selama lima minggu. Sekalipun dikurniakan wajah jelita, Deborah tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya. Atas keprihatinan terhadap mereka yang kurang bernasib baik, dia mengambil inisiatif menubuhkan sekolah khas percuma untuk 90 anak-anak pelarian Somalia.\rDebar menanti kelahiran anak kedua\rWALAUPUN pernah melalui pengalaman mengandung dan melahirkan, namun debaran menantikan kelahiran cahaya mata sudah dirasai Daphne. Pelbagai rancangan yang ingin dilakukan wanita ini. Mahu melahirkan secara hipnotasi dan juga melalui proses kelahiran dalam air.\r“Saya merancang ingin bersalin secara hipnotasi seperti Aishah Sinclair kerana proses itu kurang menyakitkan. Saya juga sedang meninjau pusat perubatan yang boleh menjalankan proses kelahiran dalam air.\r“Anak saya Isobel tidak sabar menantikan kelahiran adiknya. Dia asyik meneka bayi yang bakal saya lahirkan adalah bayi lelaki. Sebelum ini, Isobel asyik mengatakan saya mengandung dan terbukti ramalan dia benar,” kata Daphne yang suka mengetengahkan isu mengenai kewanitaan dalam Bella.\rDia sukakan topik seperti keganasan rumah tangga serta apa saja topik berkaitan wanita. Katanya, dengan mengetengahkan topik sebegitu, wanita akan mengetahui apa yang boleh dilakukan sekiranya berdepan dengan masalah rumah tangga. \r“Walaupun Bella program gaya hidup tetapi ia tidak semestinya memfokuskan kepada kecantikan semata-mata. Program ini juga perlu mengetengahkan mengenai pelbagai tajuk berkaitan wanita. Perempuan selalunya takut untuk berdepan realiti terutamanya mengenai perceraian, jadi dengan topik bersesuaian yang dibincangkan mereka akan mengetahui apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.139388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list