CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Pertaruhan baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Bakat Feeya sebagai penyampai radio digilap rapi untuk menggantikan tempat NanaNAMANYA masih baru, namun Nor Shafiza Iskandar Azizan atau dikenali sebagai Feeya kian menyerlah sebagai penyampai radio di EraFM sedangkan bakatnya dicungkil daripada program realiti TV, Anak Wayang.\rAdakah ini petanda yang Feeya akan mengikut jejak langkah atau menggantikan tempat Nana yang bakatnya juga dicungkil daripada program realiti, Akademi Fantasia musim pertama. \r\n\n\n\n\rNana yang pernah menjadi penyampai EraFM sebelum ditukar ke radio Xfresh sebelum menamatkan itu kerjayanya beberapa minggu lalu. \r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, Feeya seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan atau disamakan dengan sesiapa, sama ada dalam dunia lakonan atau penyampai radio. \rMasih menyimpan harapan untuk dikenali sebagai pelakon, gadis ini tetap komited dalam kerjaya yang diceburinya kini dan menganggap peluang yang diberikan sebagai rezeki disamping mengangkat namanya di persada seni.\rPetah berbicara ketika diajukan soalan membuktikan gadis kecil molek yang mudah tersenyum ini memang sebagai penyampai radio, malah program yang dikendalikannya turut dikatakan mendapat sambutan pendengar.\r“Selepas keluar daripada program itu (Anak Wayang) saya cuba uji bakat sebagai penyampai radio dan tak sangka dapat. Mulanya sebagai sambilan sahaja tapi sekarang sudah sepenuh masa sejak Oktober tahun lalu,” katanya.\r\n\n\n\n\rBukan setakat boleh cakap\rMENGAKUI memang terlalu banyak yang perlu dipelajari untuk berjaya dalam karier serta menyimpan impian bergelar personaliti radio terkenal, Feeya banyak menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman. \rBahkan, turut menjadikan penyampai radio seperti Raja Azura dan Abby Fana sebagai idola dalam mempelajari cara penyampaian supaya tidak membosankan pendengar.\r“Duduk dalam konti bukan bercakap saja tetapi kena tahu cara mengawal panel yang ada di depan mata. Semua kemahiran itu tidak boleh dipelajari dalam sekelip mata. Ia mengambil masa untuk menjadi lebih cekap. \r“Mulanya saya digandingkan dengan penyampai senior tetapi sekarang saya kendalikan seorang diri. Pernah juga tersasul masa ke udara tetapi banyak belajar daripada senior cara penyampaian yang betul,” jelasnya.\rBanyak meluangkan masa dengan membaca pelbagai bahan bacaan membantu Feeya menyampaikan maklumat kepada pendengar agar dapat berkongsi sumber yang diperoleh untuk dibincangkan dengan pendengar.\rMengendalikan dua program serentak setiap hari, RockPOD Era dari jam 10 hingga 11 pagi dan Muzik Hit Bertubi-tubi dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari membuatkan nama Feeya kini semakin dikenali di stesen radio swasta itu.\rMalah, rating pendengar bagi kedua-dua program yang dikendalikannya itu juga meningkat sehingga 17,000 pendengar berbanding 1.72 juta pendengar sejak awal tahun ini.\r“Dulu nak dapat pemanggil pun susah dan pernah saya ke udara selama sejam hanya empat pemanggil saja, tetapi kini tak menang tangan nak jawab panggilan. Bukan setakat bekerja saja, kita kenal tahu semua yang berlaku dalam dan luar negara kerana selain menghiburkan pendengar, menjadi tanggungjawab kita memberi maklumat kepada pendengar,” katanya.\rBidang lakonan tak dilupakan\rMENYEDARI bakatnya lebih menyerlah dalam penyampaian radio, Feeya tidak mahu dirinya ditenggelami bidang terbabit sebaliknya pada masa mahu juga menyerlah dalam dunia lakonan.\rSetelah sekian lama menanti, akhirnya bakat lakonannya itu diangkat dalam drama 26 episod, Kasih Alia terbitan JS Pictures.\r“Watak yang diberikan memang menarik iaitu watak jahat dan tak sangka dapat watak yang di luar karektor sebenar saya. Selain drama ini, saya turut terbabit dalam drama Jamilah I Love U dan memegang watak sebagai DJ radio,” katanya.\rBersyukur memiliki keluarga yang memahami kehendak dan minatnya dalam bidang seni memberikan Feeya keyakinan untuk terus bertapak dalam bidang seni walaupun tidak mempunyai darah seni dalam dirinya.\rPeluang yang diberikan keluarga itu ingin terus diterokainya agar lebih dikenali pada masa depan walaupun bakatnya lebih dulu dikenali dalam bidang penyampaian.\r“Keluarga sangat menyokong apa saja yang saya buat, malah lepas habis belajar saya terus sertai program Anak Wayang dan keluarga tak pernah halang,” katanya.\rMengidamkan watak seperti pesakit psikiatrik atau gila akan memberikan gambaran yang berbeza tentang perwatakannya serta mampu memberi cabaran pada dirinya.\rMenganggap bidang lakonan adalah sesuatu yang mencabar dan menarik, Feeya merasakan dirinya mampu melangkah lebih jauh dalam bidang itu seperti pelakon yang sudah menempa nama dalam dunia seni.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list