CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Hari Bapa bersama Amy Search

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Berhibur sambil mengimbas nostalgia bersama vokalis Search secara solo pada 17 JunKALAU Mei diadakan pelbagai acara istimewa untuk meraikan ibu, Jun pula khusus untuk anak meraikan golongan bapa di seluruh dunia. Sememangnya kasih dan pengorbanan bapa tiada tolok bandingannya mahupun diganti dengan harta yang mencurah-curah.\rSering kali sambutan Hari Ibu lebih menonjol daripada sambutan Hari Bapa. Oleh itu, bagi tidak melupakan jasa golongan bapa dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa secara eksklusif dinamakan Mentari Moments With Amy Seach di Dewan Besar Hotel IOI Resort Putrajaya iaitu di pinggir Putrajajaya pada 17 Jun.\r\n\n\n\n\rTidak keterlaluan rasanya jika kita membelanjakan sedikit hasil dan meluangkan masa bersama bapa yang sudah membesarkan kita. Apa kata, bagi menghargai kasih bapa ini, buatlah kejutan dengan membawa insan ini menikmati hidangan lazat makan malam sambil berhibur bersama artis legenda rock tanah air.\r\r\n\n\n\n\nProgram khas Mentari Moments With Amy Search, di mana bukan saja bapa dapat meluangkan masa berhibur bersama penyanyi Fantasia Bulan Madu, Isabella, Mentari Merah di Ufuk Timur, malah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan serta menikmati pelbagai juadah menarik yang akan disediakan.\rBukan sahaja untuk meraikan atau menghiburkan bapa, tetapi sekiranya ada kemampuan program ini juga boleh dijadikan sesi mengeratkan sesi keluarga kerana selain berhibur boleh menjamu selera dengan bayaran berpatutan iaitu antara RM1,500 hingga RM4,500 bagi satu meja mengandungi 10 tempat kerusi. \rBegitu juga mereka yang belum berkeluarga atau mahu menikmati persembahan Amy Search ini secara bersendirian, bayaran termasuk jamuan makan berharga antara RM150 hingga RM450 seorang. \rPenolong Pengarah Pemasaran Palm Garden Hotel, Farah Halim berkata, walaupun kedudukan lokasinya agak jauh dari ibu negara, pihaknya yakin ia tidak memberi masalah kepada peminat Amy untuk menghiburkan bapa atau keluarga masing-masing sambil menyaksikan persembahan vokalis Search itu secara solo. \r\n\n\n\n\r\"Bertemakan Mentari Moments With Amy Search, kami mengadakan majlis khas bagi meraikan sesiapa saja yang bergelar bapa di luar sana. Bersesuaian dengan temanya, kami memilih Amy Search yang sinonim dengan statusnya sebagai bapa yang boleh dijadikan contoh.\r\"Bukan itu saja, sudah hampir tiga dekad vokalis kumpulan Search ini menyinari arus dunia hiburan, seusia dengan kebanyakan peminat yang mengikuti perkembangan dirinya. Selain Amy Search, Bintang Idola Berita Harian 2010, Azhar juga turut hadir membuat persembahan pembukaan.\r\"Manakala, sambutan yang diterima menggalakkan walaupun jualannya agak perlahan. Oleh itu, bagi sesiapa yang tidak mahu melepaskan peluang menyambut Hari Bapa di Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya pada 17 Jun ini, boleh menghubungi kami dan membuat tempahan menerusi talian 0389432233 atau 0389498888,\" kata Farah.\rSementara itu, harga untuk sebuah meja bagi 10 orang adalah antara RM1,500 hingga RM4,500 atau RM150 hingga RM450 seorang.\rSerta, antara kelebihannya, bagi sesiapa yang ingin lari kesibukan jalan raya, Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya memenuhi kehendak anda, di mana lokasi hotel ini jauh dari hiruk pikuk kota Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.044407 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list