|
Awi Rafael mengagumi kegigihan Amy Search dan Aizat\rLAGUNYA berjudul Pulanglah sering kedengaran di di beberapa stesen radio tempatan, Singapura dan Brunei, malah sedang mengungguli tangga teratas secara tidak langsung bait lagunya menjadi siulan pendengar.\r\n\n\n\n\rNama penyanyi lagu tersebut bukan asing lagi dalam arena muzik tanah air, di mana Awi Rafael yang lebih selesa dengan panggilan Awi, atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Rafael, 24, ini sebenarnya adalah bekas vokalis kumpulan Bhumiband yang pernah popular dengan lagu Goda, runut bunyi kepada filem Remp-it.\r\r\n\n\n\n\nDia pernah menganggotai Bhumiband bersama bekas rakan sekolahnya di Singapura dan pemain keyboard Hujan, Hang Dimas. Bersama Bhumiband, mereka pernah memenangi anugerah Album Baru Terbaik dan Lagu Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2005.\rKini, jejaka kelahiran Yishun, utara Singapura ini bergerak solo, meneruskan perjuangan muziknya di atas minat yang mendalam dalam penulisan lagu dan nyanyian. Malah disebabkan dedikasinya di dalam dunia muzik, Awi pernah merantau ke Australia bagi menimba pengalaman.\renurut graduan jurusan Undang-Undang dan Psikologi yang ditemui ketika dia berkunjung ke Studio Hip baru-baru ini berkata, dia pernah membuat \'busking\' di sana demi meluaskan pandangan dan sekali gus meraih keyakinan membuat persembahan secara spontan di depan orang ramai.\r\"Selepas ahli kumpulan Bhumiband masing-masing membawa haluan sendiri, saya pun membawa diri ke luar negara iaitu ke Australia untuk mencari pendedahan dan pengalaman berada di perantauan.\r\n\n\n\n\r\"Saya tinggal di sana lebih kurang setahun di mana saya menimba pengalaman dengan bermain muzik, di samping itu saya belajar berdikari sebagai anak Melayu. Pada masa yang sama, saya belajar berkarya secara solo dan saya juga ada menulis lirik dan lagu sendiri.\r\"Dari situ terhasillah lagu single pertama saya yang bertajuk Pulanglah. Pada mulanya saya hanya mencuba, tapi apabila Hang Dimas mendengar lagu tersebut, dia terus terpikat dan menyuruh saya pulang ke Malaysia dan kini saya menetap di Kuala Lumpur.\r\"Dengan sokongan dan kepercayaan Hang Dimas serta kerjasama dari pihak Warner Music Malaysia, maka saya pun mula merakam lagu tersebut dan seterusnya melangkah dengan album solo pertama saya yang sudah pun dilancarkan baru-baru ini,\" katanya.\rSelain lagu popularnya yang bertajuk Pulanglah itu, album berkonsep pop dan balada itu turut memuatkan empat lagu lain, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas.\rPemuda yang mahu dikenali sebagai penyanyi dan penulis lirik ini juga mencipta kelima-lima lagu dalam albumnya itu dan kawan baiknya yang banyak memberi galakan, Hang Dimas selaku penerbit album. \rAwi sudah lama berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi solo, mana tidaknya dari umurnya belasan tahun dia sudah mula mencipta lagu dan menulis lirik. Selama itulah, dia memasang impian untuk menyumbangkan karyanya kepada artis tempatan berbakat seperti Amy Search.\rSementara itu, tidak ubah seperti penyanyi yang lain, Awi berharap lagu dan muziknya mendapat sokongan dari peminat kerana baginya, siapa yang mampu mengangkat muzik tempatan jika bukan masyarakat kita sendiri.\rBukan saja ingin menempa nama di tanah air sendiri, Awi juga bercita-cita untuk menembusi pasaran negara jiran seperti Indonesia, dan Brunei.\r\"Jika diberi peluang, saya mahu membawa lagu saya ke pasaran luar Malaysia seperti Yuna dan Aizat di mana mereka cukup dikenali dengan bakat nyanyian sehingga ke Indonesia. Melihat kepada kejayaan mereka, memangkin semangat saya mempertaruhkan lagu ciptaan saya,\" ujar Awi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|